Majlis Aqiqah Ilham Bakhtyar

Alhamdulillah, semalam sudah selesai Majlis Aqiqah Ilham Bakhtyar Bin Mohd Kamarul Baharin, putera mr Inspiration kepada mommy Hadhatina dan MKB. Semalam katanya first time diorang buat majlis Aqiqah dekat area USJ Heights. Dulu katanya masa Icha dan Bella, buat kat kampung, jadi banyaknya senang kat sana, nasi semua masak sendiri. Semalam, first time jugaklah dapat merasa buat kenduri di area bandar. Oklah, ramai yang hadir, dan makanan pun habis belaka, sampai kena lari pergi beli nasi sebab nasi tak cukup. Banyak juga perkara menarik berlaku semalam, memang meriah, dan puas hati.
majlis,aqiqah,supermom,hadhatina,mkb,shaklee
Majlis Aqiqah

Lauk Sedap

Oklah kali ini, kami di beri tugas untuk mencari dan mencadangkan lauk yang sedap untuk majlis kali ini. Dapat jugaklah berjumpa dengan Haji Halim, seksyen 4 shah alam. Dia yang uruskan dari aqiqah , catering dan khemah. Walaupun bukan semua Haji Halim yang punya, tapi oklah, masakan yang di cadangkan, kambing masak kari, sup, ikan masin, ulam, ayam berempah, memang sedap sampai nasi tak cukup orang sedap tambah. So kalau korang berminat nak dapatkan perkhidmatan kenduri Aqiqah di Shah Alam, bolehlah hubungi Haji Hali di nombor 0196669440

Merapatkan Siraturahim

Alhamdulillah, kali ini ramai juga geng Supermom yang hadir, dapat juga berkenalan buat yang belum berjumpa, tak kurang hebatnya tokey kedai 3S cik Lydzar Rusman pun datang, sempat jugalah anak buah kami berborak dengan otai Shaklee kita ni yang nak jadi Master tak lama lagi. So sempat juga kitorang share pengalaman masing -masing buat Shaklee. Seronok juga ye, tak yah nak buat kelas formal, akhirnya berkongsi tips business sambil menikmati juadah kambing yang sedap, hoooo !!!

Berkongsi Lagu Dengan Bapa MKB

Seronok jugalah, dari pagi, bercerita pasal lagu orang perak. Cerita pasal lagu lagu sekarang, dengan bapa MKB, en Yatim. Dapatlah juga mendapat tips mendownload lagu, lagu lagu karaoeke, dan kurang hebatnya, bapa MKB, rilek je baca doa, buka ipad, doa dah keluar, terus je baca , dan menjadi MC yang paling cool dalam sejarah Majlis Aqiqah yang pernah kami pergi

Cerita Network Marketing

Petang tu pula, sempat kami berdiskusi dengan MKB dan suami kat ita Melaka, en Azizan . Sempat juga kita berbincang tentang bagaimana rapatnya kita sideline @adik beradik dalam SUPERMOM, macam mana nak wujudkan ukhwah antara kita, dan merasai faedah dan rezeki apabila kita bekerja bersama-sama. Ternyata memang menarik perbincangan pada petang itu, sambil aku pun pekena second round lauk kambing dan ayam berempah. Sambil tu juga sempat memberi beberapa tips penting dari Robert Kiyosaki tentang network marketing, kepentingan membuat sales, dan kemantapan seorang leader dalam network marketing. So korang boleh baca buku tuh kat sini, tajuk bukunya memang sempoi.

Akhir kata

Alhamdulillah, geng SUPERMOM memang sentiasa ambil peluang untuk kumpul bersama. Rasanya dah jarang kami adakan kelas yang formal. Tapi kami banyakkan berjumpa, berkongsi dan kadang kala meluahkan beberapa perasaan dan pendapat dalam business. Tak lupa juga cerita tentang kekeluargaan, ekonomi, agama, tapi jarang sekali cerita pasal politik, hehehe. So lepas ni, banyak lagi rasanya aktiviti SUPERMOM, dan tak juga team RMC kami yang sikit sikit dah mula join aktiviti SUPERMOM. Oklah, sekian sahaja untuk kali ini. Rangkuman terbaik untuk cerita semalam. Penat woo, semua orang tidur awal, bangun awal, pekena VIVIX dan OMEGA GUARD. Oklah selamat bercuti hujung minggu !!!

0 comments on “Majlis Aqiqah Ilham BakhtyarAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge