Majlis Ilmu Pukul 4 Pagi Bersama Ustaz Mohammad Yaakub Yusra

Majlis Ilmu Pukul 4 Pagi Bersama Ustaz Mohammad Yaakub Yusra

Seronok betul join 4am Club ni. Jam 3:45 pagi staff Madad call kejutkan aku minta bersiap untuk majlis ilmu.

Dimulakan dengan baca Quran sama-sama seterusnya dengan tazkirah oleh adinda aku Ustaz Mohammad Yaakub Yusra.

Aku akan kongsi dengan kalian koleksi doa-doa yang Ustaz Yaakub share tadi. Berikut doa-doanya :-

1. Doa nak dapatkan zuriat.
Surah as soffat ayat ke 100

2. Doa nak melembutkan hati anak.
Surah As Syura ayat ke 19

3. Doa anak cerdik dan soleh
Surah Al Imran ayat 200

4. Doa jika anak nakal
Surah Ibrahim ayat 40 dan 41

5. Doa supaya anak-anak taat perintah Allah
Surah Al Baqarah ayat 128

6. Doa anak dengar kata ibubapa
Surah Al Anbia ayat 69

7. Doa minta rumahtangga damai dan kerahmatan
Surah Al Imran ayat 8 dan 9

8. Anak nakal dan degil
Surah Al Insyirah

Perkongsian beliau tentang banyaknya rahmat tersembunyi untuk mereka yang belum dikurniakan anak sangat best.

Dapat rahmat di dunia, senang ke masjid bersama suami. Rahmat di akhirat pasti akan dapat anak. Allahu, sejuk hati mendengarnya.

Turut beliau pesan, mereka yang ada anak tetapi gugur atau meninggal masa kecil. Anak-anak inilah yang akan jadi benteng api neraka buat kita.

Anak-anak inilah yang akan memegang tangan kita dan menarik tangan kita masuk syurga. Dan Ustaz Yaakub bagi satu task tadi; namakan anak-anak kita walau mereka gugur dalam kandungan.

Bahkan walau kita tidak tahu apa jantina mereka, yakin saja anak itu jantina apa. Namakan mereka. Kerana di akhirat kelak, kita akan memanggil nama anak-anak kita ini.

Puan isteri aku sendiri dua kali keguguran. Sebak aku menulis nama anak-anak aku yang gugur tadi.

Aku namakan sebagai Alisya Arumi dan Aara Arumi. Ya, aku yakin anak-anak syurga ini anak perempuan.

Ya, selama ini aku selalu berkata aku hanya punya lima anak-anak lelaki. Sebenarnya aku lupa, Allah dah pun kurniakan aku anak-anak perempuan.

Dua orang anak-anak perempuan yang comel. Namun Allah lebih sayang. Allah ambil mereka dulu agar mereka berdua dapat tarik tangan aku dan puan isteri ke syurga.

Tanpa rahmat dan redha Allah, tak mungkin kami yang banyak dosa ini dapat masuk syurga.

Namun dengan rahmat Allah taala, dengan syafaat nabi Muhammad saw, dengan mungkin ada sedikit kebaikan yang pernah dibuat, dan dengan anak-anak menarik tangan inilah yang memungkinkan syurga buat aku dan puan isteri.

Kawan-kawan yang ada anak-anak gugur atau meninggal masa kecil, tolong beri mereka nama. Berilah nama kerana nama inilah yang kalian akan panggil di akhirat kelak.

Majlis ilmu ditutup dengan qasidah yang sungguh merdu sekali. Indah sungguh!

Esok malam terakhir lagi majlis ilmu bersama 4am Club. Joinlah majlis ilmu ini. MasyaAllah, hebat sungguh perkongsian. Jom sama-sama kita.

Nak join LIVE di Fb boleh terus ke page Mohammad Yaakub Yusra jam 4 pagi esok. Nak join yang berdaftar siap orang call dan dapat ebook percuma, cari post saya kat wall saya semalam.

Esok jam 4 pagi, jom sama-sama kita hadir majlis ilmu ini. Hari terakhir untuk majlis ilmu kali ini.

Kita hadir dalam circle dan kumpulan yang ingin bersihkan hati, yang bersyukur atas setiap nafas dan denyut nadi.

Ada jutawan, ada yang berpangkat Datuk, ada yang kaya raya, ada yang biasa-biasa, ada juga yang sedang diuji dengan pelbagai ujian pun join majlis ini.

Serius best. Ajak kawan-kawan lain sama jom!

Selamat pagi semua.

#MADAD
#4amClub
#AnakChampionGayaRasulullahsaw
#MFS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat