FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Makin Tusyen Makin Gagal ?

Makin Tusyen Makin Gagal ?

Makin Tusyen Makin Gagal . Bila melihat pelajar yang teruk dan gagal, maka sebuah sekolah ingin mengadakan kelas tambahan tusyen untuk pelajar mereka. Mereka telah meminta 2 cikgu AM dan DIN untuk mengajar murid untuk lulus dan kurangkan masalah gagal dan keputusan teruk.

Mula mula nampak ok, tapi menjadi masalah bila kelas tusyen berjalan, sedang kelas tusyen makin rancak, ramai pulak pelajar mendapat keputusan teruk. Paling sedih, ramai pulak pelajar yang gagal, walaupun kelas tusyen dan berjalan lama.

Apa kita nak buat ? kita teruskan tusyen ini atau tukar cikgu tusyen ? atau kita tamatkan saje tusyen nih ? gambar sekadar hiasan

Cikgu Nancy Lawan Cikgu Mustakim

Apa perasaan korang bila tengok dua gambar berbeza nih ? Seorang Cikgu Nancy dan seorang lagi Cikgu Mustakim. Cikgu Nancy kelas penuh, ramai murid suka, tapi nasib berbeza pula pada Cikgu Mustakim yang terpaksa mengajar dalam kelas online yang kosong.

Kalau tanya abg Joe, abg joe jawab

CONTOHI CIKGU NANCY sebab beliau ini kreatif dalam pengajaran. Siap pakai busana tradisional. LEpas tuh pastikan rumah cantik sebelum nak buat kelas online. Lagi satu cikgu nih memang selalu branding diri dekat facebook. Tunjukkan cara terbaik nak cantik dan dapat body cun. Cara nih memang dapat menarik pelajar untuk enjoy kelas online.

Tapi katakanlah cikgu cikgu nih dah tiru cara cikgu Nancy nih, tapi murid ada jugak yang tak datang, jadi

CONTOHI CIKGU MUSTAKIM sebab call sorang sorang murid yang tak datang kelas online. Usaha jugak walaupun tahu ada murid yang confirm tak jawab. Lepas dah call semua, lepastuh takde murid yang datang, tetap teruskan kelas sebab tahu tanggungjawab sebagai cikgu sangat besar dan jawatan cikgu ni memang mulia.

Apapun, ambil je yang mana BAIK, tahniah CIKGU NANCY, tahniah CIKGU MUSTAKIM, anda guru yang hebat. Kerjaya cikgu memang MULIA. Jadi para cikgu semua, jalankanlah tanggungjawab anda.
Kepada masyarakat, terutama murid-murid yang sedang belajar, hargailah jasa cikgu cikgu ni semua.

Cikgu Dina Pakai Prada

Semalam sempena hari guru tv9 siarkan balik cerita telefilem Cikgu Dina Pakai Prada. Tengok dengan wife dan anak anak, feel gile cerita dia. Mula mula ada elemen menyampah mengada, tapi didalam kepentingan tuh, cikgu bandar lebih ikhlas mengajar anak anak kampung. Cikgu Hakim pulak terego ego dengan seniority, gaji, dan lumrah cikgu kampung. Dina duduk kampung akhirnya pandai berdikari, disayangi murid murid dan Cikgu Hakim.

Nak mengajar bukanlah semata-mata gaji. Periksa bukan semata A, tapi ilmu, hahaha tagline cikgu Dina nih, budak budak semua suka belajar bahasa inggeris. Hahha, telefilem yang terbaik, khas untuk cikgu cikgu di luar sana.

Cikgu Asmadi

Assalamualaikum Cikgu Asmadi Samad, saya Faiz Saaid, ayah kepada Arreessa Zulaikha, kelas 1 Neptune. Baru- baru nih saya membaca kisah cikgu di facebook kisah budak darjah satu dari sekolah. Semuanya diberitahu oleh isteri saya, oh ni cikgu sekolah Arreessa. Lepas dari kes tuh, saya terus singgah ke facebook cikgu. Isteri saya pun ada beritahu, cikgu pernah cakap status cikgu pernah masuk siakap keli, masa tuh saya baru hantar anak saya masa orientasi.

Bila melihat semua status cikgu pasal anak anak darjah satu nih, saya memang terhibur bila ada anak murid suka dipanggil Abishek bachan, ada yang nak tocang frozen. Tapi masa saya hantar anak ke sekolah, kami perasan ada seorang pelajar yang pakai spek mata hitam dalam kelas cikgu. Tak kurang juga yang masih menangis sebab tak biasa lagi. Alhamdulillah, anak saya gembira dan mula kenal dengan kawan kawan baru di SKBA.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada cikgu sebab BERANI bersuara dan sudi berkongsi di Media Sosial. Saya yakin, bila seorang cikgu mengeluarkan pendapat di media sosial, saya gembira ada cikgu yang sudi berkongsi pendapat dan cerita yang berlaku di sekolah. Memang sukar untuk kita berkongsi pendapat, kerana pendapat kita bukan semuanya suka. Adakalanya, ucapan kita di facebook boleh dilaporkan ke balai polis kerana menghina seseorang, walaupun hanya menggunakan bahasa kiasan.

Minggu depan, bermulalah pembelajaran anak anak tahun 1 ini. Ibu bapa perlu lepaskan anak mereka. Masa ini mereka akan dibentuk disiplin di sekolah dan mula mendengar kata kata cikgu. Saya ucapkan terima kasih kepada cikgu, dan teruskan berkongsi di facebook tentang pendidikan. Terima kasih cikgu-cikgu SKBA kerana bersabar dengan perangai anak-anak kami. Semoga cikgu-cikgu diberikan kekuatan, dimurahkan rezeki, pahala akhirat dan dunia. Amin

Cikgu Amir UPTREND

Hahhaah, tajuk dia lain dari dalam cabaran ? memang kalau korang tak tahu, dalam banyak-banyak cikgu yang paling best, tentu sekali kawan kami cakap, cikgu Amir paling best masa sekolah menengah. Masa tu kami form 4 dan form 5, cikgu Amir memperkenalkan lukisan kejuruteraan di sekolah, memang layan, lepas tu, senyap sedikit, tanya member rupanya cikgu Amir dah jadi JUTAWAN UPTREND

Masa cikgu Amir jadi guru kelas, memang best, masa kami belajar Lukisan Kejuruteraan, masatulah cikgu Amir dah buka mata kitorang tentang dunia engineering, cerita pasal kereta dan macam-macam lagi. Tapi masa tu dia ajar memang terbaik, tapi yang tak best tu, dia memang garang, nasib baik tak kena karatedo, hahaha, tapi ini semua cerita zaman sekolah, memang diakui Cikgu Amir antara yang terbaik masa tuh.

Hahaha, lepas tu aku senyap, aku lari bawak diri pergi UTM skudai. Tanya kawan-kawan, weih cikgu Amir mana ? Member aku terus je jawab, “weih faiz ko tak tahu ke Cikgu Amir dah JADI JUTAWAN ?” pergh, aku type je cikgu Amir, rupanya berlambak video dia kat internet, semua orang dok cari dia nak jadi jutawan. Tapi masa tu zaman Uptrend lah. Sekarang ni aku tak tahulah dia buat apa, aku tengok cikguamir.com tu pun, macam takda update, dah jadi investor. Hahaah, memang dasyat, sampai member aku tu tak puas hati jugaklah, cikgu Amir dulu bukan yang sekarang, hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat