FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Maksud Aset ?

Maksud Aset ?

Emas sebagai aset cair
Hari ini saya nak kongsi kelebihan emas sebagai aset cair yang berkualiti tinggi.

Sebelum tu kita kena faham dahulu apa maksud aset? Ringkasnya aset ni maksudnya sesuatu yang bernilai dan boleh ditukar kepada bentuk tunai. Mudah nak faham adalah sesuatu yang boleh jual dan dapat duit.

Walaupun semua aset kalau dijual boleh dapat duit, tapi ada aset yang mempunyai susut nilai. Maksudnya makin lama kita simpan, nilainya makin berkurangan. Contohya seperti kereta atau motorsikal, makin berumur makin rendah nilainya.

Kecualilah kita simpan hingga masuk kategori antik. Kilang pun dah tak keluarkan jenis tersebut. Masa tu nilainya akan naik semula sebab dah masuk kategori antik. Alaa… macam motor RXZ yang ramai tengah cari sekarang ni. Sesape ada stok PM saya ya… Hee… Hee…

Ada juga aset yang makin lama kita simpan makin naik nilainya. Contohnya seperti rumah, tanah, emas, perak dan sebagainya. Aset ni akan semakin mahal harganya berbanding dengan harga asal yang kita beli.

Satu lagi perkara penting ialah, aset-aset ni bila kita nak tukar kepada tunai akan mengambil satu tempoh masa tertentu untuk diproses. Bergantung kepada jenis aset tersebut jugalah. Proses tukar aset kepada tunai inilah yang kita panggil “mencairkan” aset.

Jadi di sinilah istimewanya emas kerana emas mempunyai tahap kecairan yang tinggi berbanding dengan aset-aset yang lain.

Hartanah seperti rumah dan tanah contohnya mengambil masa yang agak lama kerana perlu melibatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. Ada juga yang melibatkan institusi kewangan atau bank kerana nilai tukaran yang tinggi. Ya la, nak jual tanah atau rumah mesti harganya puluhan ribu atau ratusan ribu, jadi kena buat pinjaman bank.

Aset berbentuk kenderaan juga mengambil masa kerana perlu buat proses pertukaran nama atau hak milik dengan pihak berkuasa. Jika melibatkan pinjaman dengan pihak bank, maka bertambah lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Berbeza dengan emas tak kira sama ada emas berbentuk barang kemas, jongkong emas, syiling emas dan sebagainya. Semuanya boleh dicairkan dalam masa yang cepat.

Emas tersebut boleh sahaja dijual di mana-mana kedai emas atau kepada wakil syarikat tempat kita beli emas tersebut. Atau emas tersebut boleh digadai di mana-mana Ar Rahn yang sesuai. InsyaAllah urusannya boleh selesai dalam tempoh masa yang singkat dan kita akan dapat duit tunai segera.

Emas juga boleh dikatakan sebagai aset cair yang berkualiti tinggi kerana nilainya yang tinggi dan bentuk fizikalnya yang mudah untuk diselenggara. Boleh simpan tanpa rasa bimbang akan berkarat atau rosak.

Walaupun emas kita tu aset mudah cair tapi awas, janganlah pula kita bermudah-mudahan untuk mencairkannya tanpa keperluan yang sebenar. Sebabnya bila dah jadi tunai, cepat je nanti duit tu kita belanjakan. Jadi, fikir dulu masak-masak dan buat keputusan dengan bijak.

Sharing is caring

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat