Malu Apa Bossku – Najib Bangkit Selepas Kecewa Kalah PRU14

0
Malu Apa Bossku – Najib Bangkit Selepas Kecewa Kalah PRU14

Malu Apa BOSSKU , hahaha, memang layan siut ayat terbaru najib tun razak nih. Sampai satu masa najib di angkat sebagai king of troll, dia punya ayat , dia punya engagement nih, lagi power dari sifu sifu marketing dalam malaysia. Ingat aku terbaca ada satu mamat nih, kata , Najib Tun Razak DSN ini sekarang ialah sifu marketing paling cool. Bayangkan ada pula yang mengkaji, dia punya likers dari 3.6 juta naik terus ke 3.7 juta tak sampai sebulan. Dasyat tak ? Tapi apa yang penting dari istilah malu apa bossku ? Paling penting bukannya najib tuh, tapi cara beliau BANGKIT, dan lebih dasyat ialah Keberanian beliau untuk BANGKIT .

Aku nak cerita di sini, kau cuba bayangkan, orang yang paling down masa PRU14 ialah ketua barisan nasional, DSN, masa tuh semua ahli umno, semua hentam balik. Rakyat yang sokong PH semua hentam dia. Semua polis masuk geledah rumah beliau, habis curi coklatlah apalah, Amar singh, sarjit singh, semua singh polis singh mama kuty semua masuk rumah beliau. Mana tak down, gile weih, walaupun mahkahmah tak kata kau bersalah, perbuatan begitu menunjukkan kau seperti bersalah. Hahha, memang dasyat kalau kita kena macam nih dengan musuh kita, habis woo.

Habis lepas tuh semua jahanam, prk kecil start dari sungai kandis, semua kalah. Nampak macam ada Harapan, Anwar nak jadi PM. Tapi itulah itu cerita sebelum 100 hari janji manifesto. Tapi tah macam mana, aku pun tak perasan. Tetiba DSN ni orang duk suka pulak status status beliau yang ditulis secara troll dan memperli PH. Hahha, layan siut baca status DSN nih. Habis masa prk Cameroon Highlands, abe Najib seorang je, melawan semua pemimpin PH yang lain, akhirnya kalah PH. Terus DSN jadi popular. Time tuh pulak, mana pulak ada mamat yang berselfie dengan beliau, jerit ” MALU APA BOSSKU “. Hahah last last semua jadi huru hara. DSN mula disukai ramai, lagi lagi geng geng pengundi PH yang rasa macam ditipu sebab PH tak tunai manifesto. Habis jahanam.

Dari cerita kebangkita beliau nih, ada macam macam cerita dan kaedah DSN nih, dan ada pula yang mencipta najibnomics, membandingkan kepakaran beliau dengan Tun M. Sekarang dia perli pula pasal permit selfie dan macam macam lagi. Apapun dari cerita kebangkitan beliau nih, kita ambil ikhtibar, sejatuh mana pun kita, jangan MALU untuk bangkit semula. Allah kan ada ? orang yang nak bangkit kembali, jatuh terduduk stress, pasti Allah akan tunjukkan jalan. Dan hari ini Allah tunjukkan, DSN boleh bangkit kembali menepikan pembangkang lain seperti khari dan zahid hamidi , pemimpin pas dan hadi awang. hahhaha.

OKlah, nak sokong PH ke, PAS ke, DSN ke, BN ke, itu semua hak masing masing. Kita contohi yang mana baik sahaja. Jangan melampau lampau pula. Kerja kerja, jangan sibuk jadi netizen komen menganjing orang tapi duit takde nak makan. Oklah. Itu sahaja pemerhatian abang joe setakat nih. Pesan abang labu, kita akan menentang kemunafikan, dan ketirisan.

LEAVE A REPLY

CommentLuv badge