FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Mandela Untuk Rakyat Walau Siapapun Yang Menang

Mandela Untuk Rakyat Walau Siapapun Yang Menang

Mandela movie tamil yang sangat power. Semalam wife ajak tengok dalam kereta kejap masa breakfast. Sambil COD, kami tengok sikit babak awal. Dia kata movie tuh dicadangkan oleh para netizen yang maha mulia di malaysia. Ok cunz, lepas zohor, masa anak anak sibuk main game dekat PC, kami tonton di tv besar cap haier yang dibeli bulan september lepas. hahhaa.

Mandela , Smile, Jackass

Nak kata cerita ini cerita paling gile jugaklah, apapun dia ni kesian, nama takde, paling hina. Dia kerja minta duit, orang bagi dia makanan je. Kerja jadi pemotong rambut, cukur jambang. Sampai satu masa duit pun kena curi. Memang gila jugaklah penghinaan kepada dia nih.

Nak jadi cerita, ada dua pihak bertelagah, kultus Utara dan kultus Selatan, nak berebut undi sebab nak jadi wakil rakyat kawasan depa. Yang uniknya depa ni adik beradik tiri. Bapak depa ni saja kahwin sorang orang utara, sorang orang selatan. Bapak depa ni leader terhormat dekat kawasan tuh.

Kesian jugaklah rakyat kat situ, apa pun tarak, hidup susah. Bapak dia kena selalu tenangkan anak anak dia nih. 2 leader kawasan utara dan selatan ini bergaduh teruk. Hahha, sampai nak berak pun gaduh, hahaha.

Nak jadi cerita ada satu minachi datang kawasan kampung tuh, siap ajar Mandela nih. Kalau ada nama baru boleh buka akaun bank, boleh mengundi. mandela ni sebelum ni takde nama. Akhirnya minachi ni kasi nama macam macam, yang melekat ialah Nelson Mandela, hahaha.

Puak puak yang bergaduh  ni nak berebut undi. Jadi nak jadi cerita, depa jadi seri 340 sama. So depa dapat tahu Mandela je yang tinggal, baru ada kad mengundi. Hahhaha. Apa lagi, depa offer mandela macam macam, baju, rantai emas, sampailah salun baru. Mandela jadi lupa diri , minachi dah sound dia kena tipu dengan undi.

Nak jadi cerita puak puak ni dah geram, akhirnya depa buat tak layan Mandela, hahhaa. Tapi nak jadi cerita Mandela nak tolong kawan dia yang kena tibai, sakit. Masa tulah dia menyesal, sampai kawan dia sakit. Nasib baik jugaklah minachi datang bawa bantuan.

Bila Mandela duduk dalam hutan, tiba tiba dengar suara perempuan, tegur dia. Perempua tuh cakap, Mandela ada kuasa tarik undi, jadi dia suruh Mandela minta toilet untuk depa. Dari situ, Mandela sedar yang dia tak boleh pentingkan diri beliau, tapi kena minta untuk orang lain.

Mandela dah jadi bijak, dia minta jalan, dia minta bekalan air, dia minta betulkan sekolah. Hahha,sampai rakyat dah mula sedar, depa semua kena tipu dengan politikus nih, Last sekali nak jadi cerita nak umum siapa yang menang, tapi, tiba tiba cerita habis, hahaha, tak tahu siapa menang.

Nak dijadikan pengajaran, Mandela telah buat kuasa beliau sebagai pengundi, iaitu minta apa sahaja untuk rakyat. Begitulah rakyat, yang penting bukan siapa jadi wakil rakyat, tapi rakyat dapat tak keperluan mereka. Itulah penting, kekadang pemimpin bertukar ganti, rakyat sama je.

Apapun, kena ada semangat MANDELA, siapa pun yang anda undi, siapa pun yang menjadi pemimpin masa PRN nanti, pastikan depa bagi apa yang rakyat minta. Perjuangan MANDELA ini untuk RAKYAT, bukan untuk kayakan POLITIKUS. Siapa ahli politik kuat menipu, kasi masuk dalam tong sampah, hahahhaa.

HIDUP MANDELA, SEMANGAT MANDELA !!!!

Siapa Nak Pencen Miskin

“Sapa kat sini yang suka sangat bangun pagi redah jam hari-hari pergi kerja hadap muka boss dia angkat tangan?” Semua orang pun tak mahu. Tapi kita tahu itu yang kita kena buat. Yang saya tau financial expert bagitau kalau nak pencen selesa kena ada RM2.3 juta dalam akaun. Sebab lepas pencen, purata rakyat Malaysia ni hidup sampai umur 75. 20 tahun gak tu.

Kalau ada 1 mill dalam EPF pun Alhamdulillah. Tapi statistik EPF takut juga. 64% pencarum bila umur cecah 54 tahun, balance tinggal 50k je dalam EPF. Harap2 masa tu anak2 semua dah kahwin la. Rumah pun dah siap buat. 50k tu bahagi 20 tahun, lebih kurang rm200++ je setiap bulan utk kita suami isteri. Tapi kalau ada PILIHAN LAIN kita tak perlu buat semua tu dalam masa sama still ada income tiap-tiap bulan dan makin bertambah dan paling penting ada back-up utk post retirement;Why not?

Air Minuman Rakyat Malaysia

Alhamdulillah, hari ini kita dah masuk hari keempat photo challenge. Oklah, bila bercerita pasal air ini, ramai tahu minum air masak bagus. Tapi bila cerita pasal blog ini, banyak juga cerita pasal air dalam blog aku ini. Oklah aku nak cerita sikit pasal air dalam blog aku ini. Kenapa Kena Minum Air ?

Hahhaha, memang, kalau minum air, kena banyak, air yang bawak vitamin keseluruh badan, bagi semua fungsi badan berfungsi dengan baik. Hoo, tapi semua orang nak tahu berapa banyak kena minum. Hoo, paling sempoi masa kak norita cerita ialah 25kg 1 liter. Tapi mat saleh kat atas cakap lagi power kalau minum 120 pound kena minum 120 ounce sehari. hahhaa, memang menangis jugak. Tapi apapun semuanya tips nak bagi badan sihat.

Tapi korang pun tahu kita  rakyat Malaysia minum macam-macam, dari teh tarik, minum jus, minuman keras pun ada yang teguk jugak, Tapi , kalau korang baca minuman rakyat Malaysia ini, baru korang tahu, yang rakyat malaysia memang power, semua minum , termasuk air zamzam. Hahha, jangan tak baca entry gua tu.

Aziz Satar

Permergian Aziz Satar memang takdir Ilahi, meninggalkan karya dan legasi untuk anak anak bangsa belajar dari pengalaman hidup. Aku pernah berjumpa fan duduk makan semeja dengan Pak Aziz. Hehe memang masa tuh Pak Aziz datang ke rumah abah, untuk kajian filem Kak Long. 

Jadinya aku sempat tanya Pak Aziz, betul ke 40 orang perompak dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok tuh melambangkan masa sekarang nih. Kalai korang perasan, ada satu masa semua perompak tu pakai baju polis, tentera, dan paling tak tahan baju mahkamah. Pak Aziz cakap memang zaman sekarang, yang merompak negara kita ini ialah golongan profesional, disebalik uniform yang suci lagi dihormati. Jadi memang P Ramlee pandai meramal masa depan negara kita. Tahu je apa yang akan terjadi nanti !!! Semoga Bujang Lapok Berbahagia Di SANA !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat