Matlamat 2014 – Terus Cemerlang

Alhamdulillah, 2013 telah meninggalkan kita dengan penuh suka duka. Ianya akan menjadi kenangan pahit manis bagi setiap insan yang hidup di alam fana ini. Buat yang lama, ianya hanya sejarah, yang memberikan satu pelajaran dan pengajaran berguna kepada insan yang ingin maju kehadapan. Banyak yang kami alami , banyak benda yang tak terjangka dapat dicapai , semua itu perlukan usaha, kesabaran , komitmen dan pengorbanan yang tinggi. Niat yang paling penting, yang menentukan hala tuju 2014 ni. Rasanya kami nak share juga matlamat 2014 , yang perlu akan dilalui dan akan dibuat bersungguh sungguh. Banyaknya pun matlamat ini, ianya perlu dilaksanakan dengan bersungguh- sungguh.
matlamat,2014,kerja,business,shaklee,income,duit,travel
Matlamat 2014

Menjejak kaki ke Brunei

Hahha kitorang ni mana pernah jalan jalan seluruh dunia. Tapi yang paling best nak juga melawat salah satu negara di Borneo, iaitu Brunei Darussalam. Alhamdulillah, hampir 2 tahun kami menjalankan business Shaklee, network kami di Brunei nampaknya makin berkembang. Cicit kami di sana sedia menanti kedatangan kami, bagaimana rasanya mereka berniaga dan paling hebat , cicit sama rank dengan kami, dan mereka lebih tinggi dari mak dan nannynya. Ianya betul betul menunjukkan business Shaklee benar benar memberikan kelebihan kepada mereka yang rajin berusaha. Tidak mustahil jika mereka akan lebih berjaya dari kami, dan cicit saya telah buktikan !!!

Hong Kong Disneyland

Kakak Arreessa selalu sebut nak pergi sini, sampai satu tahap tuh, habis semua orang imigresen kat Singapore pun dia beritahu. Ingat kami nak p USS je , tapi dia boleh pulak cakap nak pergi Hong Kong nak tgk princess dan mickey mouse . Mengikut perancangan akan pergi bersama sama mommy Hadhatina dan MKB . Hoo jom kita, ramai je dah pergi sana, kami je jakun tak pernah pergi lagi !!!

Long Beach California 2014 – Shaklee Free Trip

Ianya hampir pasti , kalau ikut tarikh Ainul berpantang masa ni, aku maybe akan pergi seorang ke US , mengikuti free trip Shaklee. Rasa macam tak sangka, segala usaha dan penat lelah membuat Shaklee bersama sama, menghasilkan result yang boleh dibanggakan, walaupun tak sehebat SID lain yang banyak dah jadi Master. Hoo , kali ini akan bersama sama semua SID dari seluruh dunia, dan tentu sekali akan  bikin vlog khas untuk menikmati keindahan di US sana. Hahhaah takut pun ada jugak, tapi enjoy jelah, rasa berbaloi baloi . Tak dapat satu, kalau dapat dua tiga tiket memang terbaik . Hooo YES !!!!!

MASTER COORDINATOR

Mesti teruskan cita -cita untuk capai Master Coordinator dalam tahun ni, teruskan usaha dan matlamat cita-cita murni ini, tak mustahil, walaupun rasa macam down, tapi perlu terus bangkit dan lakukan dengan penuh semangat membara ala ala rock kapak. Masih ku ingat lagi kata kata epul jaguh tadi masa program supermom, lambat atau cepat, apapun , yang penting kita mesti tahu apa yang kita buat !!! Gambate, 

Income 6 ANGKA

Macam tak percaya masa bulan oktober haritu dapat cecah 5 angka, sampai masa tu demam teruk sampai suhu 40 darjah. Baru kutahu segala pengorbanan, dan masa komitmen perlu dicurahkan. barulah dapat merasai kemanisan selepas berusaha,. Dan jangan sempitkan pemikiran. Bak kata Lyna Noh, jadilah seornag minda kaya, yang cool, yang sentiasa bermotivasi bila lihat orang lain berjaya pakai kereta mewah mewah. Terus positif dan ingin membantu lebih ramai lagi insan di luarsana, dan terus memberi nilai kepada pembaca blog saya. 

Rumusan Kerja

begitulah yang ingin kucapai dan kubuat dalam tahun baru ini. Mahu ku lihat , jalan sudah terang, kejayaan menanti di sana, teruskan perjalanan dan teruskan, sabar dan hadapi setiap ujian dengan tabah, berdoalah dan mengadulah kepada Allah. Semoga kita semua berjaya , Alhamdulillah

2 comments on “Matlamat 2014 – Terus CemerlangAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge