MEHMET DURAKOVIC – Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam

MEHMET DURAKOVIC – Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam

Sejarah tercipta lagi bila PERAK menjadi juara Piala Malaysia 2018, mengalahkan Terengganu melalui sepakan penalti 4-1, setelah ketinggalan dua kali, dan orang yang paling gembira sekali tentu sekali ialah jurulatih kelahiran negara kangaroo Mehmet Durakovic. Aku nak cerita kat korang apapun yang terjadi, sebenarnya ? Ye pasal tuah stadium dan piala malaysia

REKOD PIALA MALAYSIA MEHMET DURAKOVIC

Nak cerita pasal rekod nih korang boleh google dan buat kajian sikit. Mehmet dah tiga kali menjulang piala malaysia sebagai pemain selangor. Memang hebat lah time selangor tuh kan ? Masa aku darjah 4. Lepas dah menang tiga kali tuh, siapa yang menang ? PERAK , zaman khalid jamlus, saravanan dan ahmad shahrul azhar. Power weih mehmet nih. Dulu jersey besar, aku rasa badan dia besar, hahaha. Mehmet dulu dengan legenda selangor David Mitchell, hahaha, layan woo.

Lepas bolasepak dah mula maju kehadapan, perut aku pun dah kedepan bersama arus pembangunan, dan lepas tuh TMJ dan rebranding bola sepak johor, akhirnya Mehmet datang kembali ke Malaysia dengan harapan murni, menyelesaikan MISI 33 Selangor. Hahaha, itulah final pertama aku ke stadium setelah sekian lama duduk rumah layan bola sambil baring dan menjerit gol bila bola gol. OKlah, tuh. Lepas tuh, Mehmet dikhianati Selangor, Zainal Abidin Hassan masuk, habis hancur Selangor tujuh keturunan, kena halau dari rumah sendiri pula, hilang ketuanan selangor ala syed sedak.

Masuk PERAK, aku bajet takdelah power sangat. Mula mula tuh nampak macam sukar. TApi sebenarnya, Mehmet banyak membantu PERAK mendapatkan taring sebenar pasukan The Bos Gaurus tuh. Perak masuk semifinal tahun lepas piala malaysia. Tahun ni liga super nombor dua dibelakang pasukan harimau selatan, dan tahun ini PERAK menjulang Piala Malaysia. Inilah powernya Mehmet. Betuah Perak kalau mereka kekal Mehmet dalam pasukan mereka.

TUAH STADIUM SHAH ALAM MEHMET DURAKOVIC

Kau tahu, bila Mehmet cakap family dia membesar di Shah Alam, terutama di Stadium Shah Alam. Ye betul, Stadium Shah Alam menjadi saksi kehebatan Mehmet. Semua Piala Malaysia, semuanya dimenangi di Stadium Shah Alam. Semua final di SSA ini telah membuatkan Mehmet Orang yang bertuah di Malaysia. 3 kali sebagai pemain selangor, 1 sekali sebagai jurulatih selangor, dan 1 kali bersama Perak.

Aku punya otak masa itu ialah Mehmet dan SSA tak dapat dipisahkan. Tuah mungkin bersama beliau. Kalau aku compare Irfan Bakti, lagi kesian, SSA macam tak nak bagi Irfan Piala Malaysia. Sebelum ini Irfan kalah kepada Negeri Sembilan pada 2011. Itupun kalah walaupun dah leading 1-0. Jadi kepercayaan tahyul ada berhantunya SSA ini kepada insan yang bernama Mehmet. Hahaha, ini jangan percayalah sangat. Orang menang sebab izin Allah dan usaha tinggi beliau dan para pemain, tak kisahlah bersama Selangor atau Perak.

SIAPA NAK MENANG PIALA MALAYSIA ?

Kalau rasa korang nak menang Piala Malaysia, kena berguru dengan Mehmet, hahaha memang pakar. Selain Dollah dan Azrai Khor, Mehmet adalah jurulatih import yang berjaya menempa sejarah, yang akan dikenang dalam bolasepak Malaysia. Syabas Mehmet, Syabas Perak, Syabas Leandro dan Wilson dengan tarian LGBT korang, HAHAHHA. Ingat, jangan yakin sangat, last last minit, kena usaha sampai habis !!!

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu