FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

mencari idea PHD

mencari idea PHD

May 22, 2009 at 7:02 AM
Sekarang ni saya mencari tajuk yang sesuai untuk PHD saya. Ketua jabatan minta kalau boleh biarlah yang sesuai dengan Kejuruteraan Bioperubatan. Saya hampir lima bulan berada di UM, nampaknya perlu mendaftar PHD di UM, kerana kontrak tutor saya yang minta saya daftar pengajian tinggi di UM.

Sebenarnya mencari tajuk sendiri memang susah. Saya dulu semasa di UTM, hanya mengikut sahaja tajuk yang diberikan oleh supervisor saya. Walaupun perlukan masa untuk memahami subjek tersebut, tetapi tidaklah teraba-raba kerana saya telah ditunjukkan jalan untuk menghabiskan research tersebut.

Nampaknya di UM, saya telah melatih diri saya untuk menjadi lebih berdikari. Dilatih menjadi seorang pensyarah, yang akan sibuk dengan pengajaran dan juga penyelidikan. Dulu di UTM, saya memang sepenuh masa dengan penyelidikan, sambil membuat aktiviti sampingan seperti bermain muzik.

Nampaknya sehingga ke hari ini, saya belum memutuskan tajuk PHD yang sesuai. Dalam masa yang sama, urusan master saya di UTM belum juga selesai, tetapi cuma menyiapkan thesis berjilid. Selain itu, urusan perkahwinan dan kerja di UM.

Terima kasih kepada semua yang membantu yang menyenangkan perjalanan hidup saya. Terlalu ramai untuk dituliskan nama mereka di sini.

Saya akan terus mencari, harap harap boleh selesai sebelum bulan Jun.

(Hmmm, ada 42 hari je lagi)

Leave a Reply

Open chat