Mengidam Anggur Japan Shine Muscat

Mengidam Anggur Japan Shine Muscat

Mengidam Anggur Japan Shine Muscat

Pada tahun 2018 aku telah ke Okayama,Japan atas jemputan sebagai travel blogger untuk selama 7 hari. Salah satu aktiviti ke tempat menarik adalah ke ladang anggur.

So semasa penerangan tentang anggur kami bertanya, anggur apa yang paling mahal? Dia kata Anggur Shine Muscat seingat aku.

So sebagai buah tangan untuk makan sebelum pulang, aku dan 3 orang blogger pilih Japan Shine Muscat. Al Maklumlah percuma. Kalau ikut harga di sana, harga untuk 1 jambak lebih rm100 – rm200 bergantung kepada berat. Rasa manis dan padat.

So waktu singgah Village Grocer, terjumpa Japan Shine Muscat harga untuk 385 gm adalah RM 118. Mahalkan

Memandangkan aku mengidam lama tak makan anggur aku cuba Anggur Hijau Tanpa Biji, USA mari. Rasa manis dan padu. Almost rasa sama dengan japan shine muscat. 450 gm pun baru bebelas ringgit.

So sudah ada pengganti kepada Japan Shine Muscat. Boleh dapat di Tesco.

kredit : muiz misri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat