Mengkaji Legasi P. RAMLEE

PILIH ORANG YANG BETUL, WALAUPUN DIA LAWAN
Saya teringat lagi kata kata sakti Adilah Manaf Celikvitamin, masa tuh kami ada sesi muzakarah ireach, sesi pecah kepala yang menguji jiwa dan raga. Ada satu masa kitorang bincang, macam mana nak pilih orang yang sesuai dalam organisasi. CEO Roger Barnett cerita macam mana dia pilih, dia intip presiden kami kat malaysia ni, hoo, salah satunya, dia pilih orang yang terbaik. Tak kisahlah walaupun orang tuh kat company lawan pun, kena usahakan jugak dapatkan orang tuh. Hahaha.
PILIH PELAKON YANG SESUAI
Aku cuba ingat kembali, Roger Barnett punya keinginnan kuat nih, terdetik aku pasal lagenda P Ramlee. Ye , p ramlee sememangnya orang yang sangat detail dalam bab pemilihan pelakon. Nak diceritakan tuh, p ramlee pun ada geng dia jugak, tapi bab memilih pelakon, kalau kawan baik dia tak sesuai dengan watak tuh ,dia takkan pilih. Kawan baik dia tuh , antaranya ialah Aziz Satar.
Nak ceritakan pulak, beberapa tahun lepas, kakak aku punya projek master, dia buat pasal kehebatan perempuan  dalam filem p ramlee. Antara sumber penting pasal p ramlee ni tentu sekali ialah kawan baik p ramlee iaitu Datok Aziz Satar.
Pertemuan sekali seumur hidul nih takkan jadi tanpa bantuan abah, hahaha. Punyalah sihat Aziz Satar nih, kereta dia drive sendiri, masa ni umur dia dah 86 tahun. Masa tuh aku dengar sendirilah dari mulut pak aziz, macam mana p ramlee punya perangai, sejarah p ramlee nih, dan beberapa peristiwa penting dalam sejarah hidup p ramlee, lagi lagi bab pramlee nak kahwin dengan saloma. 
Cumanya bebaru nih, masa aku lepak rumah mak ayah aku, aku terjebak buka dan baca thesis nih, baru baca bab 1, banyak kupasan tentang wanita, teori feminis, dan kajian ilmiah tentang p ramlee. Buku thesis ni nampaknya aku kena habiskan baca, ahahhaha, sebab dah start masuk bab 2. So kenalah habiskan, hahaha. 
Bila fikirkan hidup ni singkat, aku rasa, aku kena buat something, supaya aku dapat tinggalkan suatu legasi macam P Ramlee. Karya dia tak pernah bosan, dua ratus kali tengok pun tak bosan. Kakak aku kata, ini dipanggil buat kerja penuh KEIKHLASAN DI HATI. Macam kita SID pun, keikhlasan sharing tuh, mesti baik, niat kerana Allah taala, dan insyaallah, kerja kuat kita, kita akan tinggalkan suatu legasi dan keilmuan yang berguna untuk anak cucu kita.
Thesis ni sentuh pasal filem bujang lapok, ali baba bujang lapok dan masam masam manis.Tapi aku tunggu jugak kajian , siapa yang nak kaji filem Pendekar Bujang Lapok. Hahaha, filem ni dapat best comedy award, sebab apa ? bukan sebab lawak dia je, tapi falsafah dia sangat tinggi. Percaya tak, filem pendekar ni pramlee ajar korang macam mana nak jatuhkan kerajaan yang ZALIM ? Hahaha, nak lagi best, p ramlee ajar DEMONSTRASI takkan berjaya menjatuhkan KEZALIMAN , tapi ada satu benda je yang boleh, hhhaha.
Harapan aku thesis ni boleh jadi buku yang santai pulak. Cerita santai, buat wanita yang inginencari kekuatan diri.
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#landmarkstudy
#sahabatgua18

4 comments on “Mengkaji Legasi P. RAMLEEAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge