Menjadi Iron Man

Menjadi Iron Man ? Ok sekarang ni aku baru je tengok filem Iron Man 3, lepas cuti dari bawak wife balik mengundi PRU 13, yang menyaksikan Iron Man Malaysia yang disebut sebut Husam Musa kalah kepada Tengku Adnan. Aku cuba tengok Iron Man ni, memang best, dari cerita pertama dan kedua, dan yang ketiga ni, banyak benda aku belajar, ianya membuatkan aku perlukan jiwa dan penelitian untuk memahami erti menjadi Iron Man sebenar .
baju iron man

Iron Man 3 yang terbaik ?

Dari segi jalan ceritanya, macam biasa, ianya menggambarkan cerita seorang jejaka tampan, Tony Stark yang sukakan kemewahan tapi berubah bila dia mengalami, di tahan, di tipu di afghanistan sana. Dan pada masa itu, dia dapat idea nak buat baju Iron Man, dan selepas tu, muncul macam macam versi baju Iron Man seperti yang korang tengok kat gambar atas tu. Cerita Iron Man 2 pulak hanyalah kisah orang jahat, yang memanipulasikan Iron Man. Tetapi, Iron Man 3 pula, kurang aksi aksi memakai baju Iron Man, ianya banyak menunjukkan kelemahan Stark yang sampai satu ketika rumahnya habis di serang oleh penjahat yang inginkan kuasa. Kawan aku kata Iron Man 1 paling best, tapi bagi aku Iron Man 3 paling best, tentu kerana jiwa seni aku berkata begitu, tapi mungkin juga korang boleh tengok blog otakmovie punya review.

Kejuruteraan Neuro dan Kuasa Pemulihan DNA

Kita disajikan pula dengan kuasa Kejuruteraan Neuro, yang banyak nya berkisar tentang otak manusia yang unik, dengan struktur yang amat kompleks. Sehinggakan, dalam cerita Iron Man 3, orang jahat berjaya mencipta satu alat untuk menggambarkan peta minda yang sebenar, yang menghubungkan semua perasaan dan kesakitan yang sebenarnya dihantar ke isyarat otak sebelum ia dikeluarkan atau disorokkan secara jasmani atau pun di dalam hati. Tidak kurang  hebatnya, bila menguasai bagaimana otak berfungsi, suatu aplikasi Pemulihan DNA dapat dilakukan, kerana berjaya mengawal otak untuk memulihkan organ yang telah rosak. Sememangnya, aku pernah dengar teori ini, semasa itu Prof Wan Abu Bakar , supervisor aku di UM pernah menceritakan ideanya, kerana apapun yang terjadi, hubungan Otak dan DNA memang wujud. Seperti juga Promosi Shaklee sekarang ni, uniknya revolusi VIVIX SHAKLEE yang membantu memulihkan sel-sel DNA yang rosak, dan seterusnya memberi manfaat kepada peminumnya. 

Interaksi Otak Dengan Mesin oleh Tony Stark

Salah satu cabang kejuruteraan Neuro ialah kemampuan mengawal sesuatu mesin atau alat dengan hanya menggunakan otak kita. Stark berjaya mengawal Iron Man dengan hanya berfikir dan seterusnya mengawal Iron Man dengan berpandukan camera dan sensor yang ada. Walaubagaimanapun, teknologi ini sebenarnya telah wujud di dunia realiti ini, cumannya ianya belum betul-betul sempurna, dan canggih seperti yang kita lihat di dalam filem Iron Man 3. Tambahan lagi, satu komuniti khas memang wujud untuk mengkaji, dan menggabungkan semua algoritma yang ada dalam dunia ini khas untuk aplikasi ini. Kiranya, kajian masih dilakukan sekarang, dengan bantuan komputer yang cepat, algoritma kawalan yang menafsirkan isyarat otak kepada suatu paten nombor nombor yang dapat diterjemahkan dengan mudah, dan kiraannya pun akan lebih tepat dan cepat. 

Falsafah Sains dan Pembangunan

Setelah tamatnya  pilihanraya PRU 13, aku masih disogokkan dengan kata-kata Barisan Nasional yang banyak membuat pembangunan, bak kata pengacara TV1 ketika itu, kita boleh lihat pembangunan yang berlaku dengan mata kasar. Ok jap, aku cuma gelak sahaja, kerana biasalah, TV1 memang kena tolong bantu BN. Tapi, korang nampak tak, kenapa dia kata mata kasar, bukannnya dengan MATA HATI ? Itulah yang terjadi kepada Tony Stark, sains dan pembangunan itu telah memakan ketenangannnya, yang hanya bangga dengan kemajuan sains dan teknologi. Ianya membuatkan pada satu ketika itu, Stark menjadi tidak keruan, sering gelisah. Tapi di akhirnya cerita, Stark meletupkan semua baju Iron Man yang ada di depan aweknya miss Potts menjadi petanda kepada nikmat ketenangan , ada kawan yang menemani dan memahami Stark. Stark dengan tenang, membuang tenaga atom dibadannya, dan akhirnya, dia dapat tidur lena seperti manusia biasa yang cintakan ketenangan jiwa dan raga. Stark sendiri menyalahkan kegilaan Sains boleh melahirkan orang jahat, menghasilkan setan pemusnah. Kiranya, MATA HATI itu lebih  penting dari mata kasar yang melihat pembangunan dan kemajuan.

Bagaimana Menjadi Iron Man ?

Di akhir  cerita, Stark telah kembali ke rumahnya yang hancur musnah dibedil helikopter antagonis dan ejen ejen sharip dol. Stark tidak menyesal, malah katanya benda itu boleh dihidupkan semula. Akhirnya dalam cerita itu, Stark telah faham, Dialah IRON MAN YANG SEBENAR !! Iron Man itu bukannya baju besi canggih yang dibuatnya, bukannya senjata canggih yang digunakan. IRON MAN itu tidak perlukan kecanggihan Sains, tapi perlukan KEKUATAN JIWA, ianya lahir dari hati yang kuat. Samalah juga seperti kita, kekuatan kita bukannya terletak pada sains, pembangunan , duit, tapi dari hati itulah yang paling penting. STARK akhirnya berjumpa suatu konklusi, DIALAH IRON MAN, walaupun baju iron mannya itu semuanya sudah diletupkan !!!!
IRON MAN itu bukan pada TEKNOLOGI, ianya terletak pada KEKUATAN JIWA !!!

2 comments on “Menjadi Iron ManAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge