MENTOR – 2 Tips Terbaik Nak Pilih Mentor Business Yang Hebat Masalah Hutang

MENTOR – 2 Tips Terbaik Nak Pilih Mentor Business Yang Hebat Masalah Hutang

TIPS MEMILIH MENTOR BUSINESS

wah bestnya media sosial sekarang, seronok tengok ramai geng geng peniaga yang tawarkan diri untuk ajar bagaimana cara terbaik bebas hutang. Memang layan gila setiap status , terbaik korang. Bukan je business shaklee, business lain pun semuanya bagus, niat kita nak setelkan hutang tuh penting. Dalam sibuk nak buat pilihan mentor business yang terbaik, saya rasa ada dua ciri penting yang mentor tersebut perlu ada kalau betul dia nak bebaskan anda dari HUTANG

1. PENDIRIAN

Antara yang paling penting dalam terpenting ialah dia memang ada pendirian yang hutang ni memang boleh sekat kemajuan business. Dia nih memang orang yang tak suka berhutang, kalau hutang tuh memang dah dasar terpaksa sangat. Lepas tuh, dia cari orang tuh bayar balik hutang.

Nak lagi best dia pun buat busines bukan cara hutang, maknanya dia ikut apa yang dia perjuangkan. Ada masalah dikalangan mentor nih, kata nak bebaskan hutang, tapi start business pun kena buat hutang, macam hutang angkasa. Ada lagi sedih, beli stock pun kena hutang dengan kad kredit, lepas tuh bulan bulan bayar sikit. Stok habis jual, tapi hutang tak setel .

Nak lagi extreme, cari mentor yang lagi gile, sampai HUTANG BAIK pun tak boleh pakai. Nak beli rumah , kereta, mesti CASH, tunai. Hahhaa, yang nih salah sorang dia ialah Khalif Samsudin, walaupun idea tak masuk akal dia harga rumah akan turun mendadak, tapi saya sokong dia pasal beli rumah CASH.

2. PENGALAMAN

Yang ni lagi best, dikala korang sedang nak membina business, sebab korang tentu tengah terbelit dengan duit, masa nih pengalaman mentor korang amat amat penting. Cubalah cari mentor korang yang pernah terbelit dengan hutang ini. Nak lagi best, cari yang lebih teruk dari korang.

Yang ni sangat penting, sebab, dia ada pengalaman macam mana nak hadapi masalah kewangan bila time tuh kau betul betul susah. Pengalaman dia sangat mahal, macam mana dia bangkit lagi penting dari dia berjaya sekarang.

Dia tahu macam mana nak dapat MAGIK semasa korang susah, biasalah, nak buat SALES, bukannya hari hari menaik je. Adat business ialah, ada NAIK TURUN, masa tuh penting korang belajar urus duit dari MENTOR yang berpengalaman. Dia akan faham perasaan korang yang takde duit, yang struggle gile, nak keluar dari bebanan hutang.

RIBA ITU PEROSAK BANGSA

Akhir kata, cuba fikir sikit, kenapa Allah dan Rasul isytihar PERANG kepada pengamal RIBA ? Pernah fikir ? Kalau dosa berzina ke, mencuri ke, minum arak ke, takdelah pulak, dosa besar je, tapi RIBA , ala interest sikit je pun kan ? Kalau rasa ada doa yang sukar nak makbul, cuba cek balik. Hutang dan Riba ish ish ish, bahaya !!!!

Faiz Saaid

Seorang yang kacak berambut kerinting yang suka menulis idea merapu. Kalau ada cerita, semua cerita dia nak ulas dengan pandangan mata beliau yang sepet

This Post Has One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu