FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Menunggu 80

Menunggu 80

March 16, 2009 at 5:44 AM
Bangun pagi, cari rezeki,
Gosok gigi, makan pagi,

Menunggu 80,
Buatku bangun subuh

Badan penat, jalan lambat,
Otak karat, bau pengat,

Menunggu 80,
Buatku badan peluh

Kerja ajar, bagi pandai,
Bukan ustad, bukan lebai,
Sakit mata, perah otak,
Bukan buta, bukan lepak,

Kumpul harta, cari rumah,
Bagi senang, orang rumah,

Menunggu 80,
Buatku kaki lumpuh,
Menunggu 80
Buatku mandi peluh,
Menunggu 80.
Buatku lemah tubuh,
Menunggu 80,
Buatku sungguh-sungguh,
Menunggu 80,
Buatku solat subuh,
Menunggu 80,
Buatku redah guruh,

Leave a Reply

Open chat