Misteri Kehilangan Nurul Izah ?

SIAPA NURUL IZZAH ?

Bagaimana aku terfikir sampai nurul izah pun hilang ? Betulke ? Jawapannha memang tak betul, kalau kamu semua ingat nurul izah PKR tuh, nurul izah tu memang cun, tapi nurul izah yang ni lagi cun, memang superb, sampai AK pun terpikat dengan dia, tapi bini dia tak marah, malah lagi sayang !!!
misteri kehilangan cikgu yang dedikasi dan hebat

TERSEMPAK DENGAN AK

Sebenarnya tadi masa berdating dengan wife, baru nak sarapan dekat pasar stadium shah alam, boleh pulak ternampak susuh tubuh kuat besar botak sasa saudara AK, cepat cepat aku pergi tegur AK, oklah bini dia pun ada sekali bersama anak ketiga mereka. Alhamdulillah sambil berkongsi cerita semalam, sempat juga cerita pasal tips blog, sambil AK belanja makan sarapan tadi , Alhamdulillah.

BILA BUDAK TAK KENAL HURUF

Paling serius tadi ialah cerita pasal anak anak sekarang yang tak pandai menulis dan membaca. Bila tanya rupnya dia tak kenal huruf. Hooo bak kata AK, nama gah Little Caliph atau Genius Awlad tidaklah memberi kesan seperti style oldschool dulu. Banyak teknik belajar sekarang banyak kepada menghafal, sehingga budak tidak faham dan cepat pening bila soalan diputar belit. Budak sekarang memang lagi terpengaruh dengan gajet dan pelbagai lagi cabaran di luar sana.

AK MERINDUI NURUL IZZAH

Walaupun nama gah, tapi AK tetap merindui kelibat Nurul Izah, satu pusat tadika, dulu AK pernah hantar anak dia belajar di situ, Alhamdulillah anak lelaki dia pandai tulis arab dan cekap belajar. AK pernah cabar seorang makcik hantar anak dia masuk sekolah Nurul Izah tuh, tapi sayang seribu kali sayang, Nurul Izah dah buat sekolah lain, katanya ada problem dengan keluarga. Jadi Nurul Izah hanya tinggal kenangan buat AK yang lebih hebat dari Sharifah Asagof.

KEHILANGAN BESAR

Hooo begitulah aku belajar dari cerita sarapan pagi tadi, misteri kehilangan nurul izah, membuatkan aku faham yang budak budak perlukan asas yang kuat jika mahu menguasai sesuatu bidang ilmu. Lepas sarapan, Alhamdulillah kaki kuat untuk terus berjalan dan membeli barang dapur dan sedikit baju untuk Arreessa Zulaikha.

2 comments on “Misteri Kehilangan Nurul Izah ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge