FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Motivasi Siti Hajar

Motivasi Siti Hajar

Motivasi pagi ni, nak kongsikan kisah Siti Hajar a.s.

Siti Hajar ditinggalkan oleh suaminya di padang pasir seorang diri bersama anak yang masih kecil, Nabi Ismail alaihissalam, atas perintah Allah.

Selepas bekalan nya habis, anaknya Ismail kehausan dan menangis berguling-guling kehausan.

Cuba bayangkan keadaan ni..

Seorang diri, tak ada teman, tak ada makanan minuman, sekeliling semua padang pasir yang terbentang luas pasirrr je, dengan anak yang sedang meragam nak makan.

Takut tak?
Stress tak?

Mesti Siti Hajar pun rasa yang sama.

Rasa takut. Bimbang. Stress. Maybe even nak marah

Tapi tak sampai hati tengok anak dahaga, beliau bangun juga dan mula berjalan cari air.

Dari berjalan, jadi berlari2 anak. Makin terdesak sebab anak dah makin tak sabar agaknya.

Beliau berlari2 anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah cari air. Ulang2 7 kali.

Cuba kita bayangkan lagi.

Dah dekat padang pasir kot.. logik ke ada air?

Dan.. lari sekali cukup lah. Dah tengok tak ada air kan, kenapa masih beliau ulang lari di tempat yang sama sampai 7 kali?

Tapi macam tu lah. Bila itu saja sehabis daya usaha yang kita mampu, kita tak fikir dah lofik atau tak. Yang penting kita gerak.

Dan akhirnya.

Setelah beliau lari2 7 kali tu, keluar air dari celah2 kaki anaknya Ismail, yang kita kenali sebagai air zam-zam.

Subhanallah. Sumber air dari tempat yang tak disangka2, tapi Allah berikan untuk hilangkan dahaga si kecil Ismail.

Hasil atau habuan mungkin bukan adalah direct result pada usaha kita, tapi hasil, adalah selepas usaha.

Jadi, jangan putus asa.

Takdir kita, adalah selepas usaha kita.

Usaha itu wajib. Kita usaha sehabis baik dan terus berusaha dan berharap sepenuhnya dengan janji Allah – sesiapa yang berusaha, akan dapat hasilnya.

Leave a Reply

Open chat