FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Musibah Rantai

Musibah Rantai

MUSIBAH RANTAI

Sebenarnya, solusi untuk masalah akhir zaman nih, tak kisahlah isu apa pun, termasuklah isu palestine ni , dah diberikan lama oleh sebuah kumpulan rock terkenal tanah Air. Aku tanya Mohd Kamarul Baharin, kumpulan rock apa yang perjuangkan isu akhir zaman nih ? Beliau memberi dua lagu dari kumpulan Bumiputra Rockers (BPR). Lagu tersebut bertajuk Dajal dan Yajud Majud. Oklah, betul juga.

Tapi bagi aku, lagu yang betul betul memberi makna dalam solusi akhir zaman ialah bertajuk RANTAI, lagu dan lirik di tulis oleh M.Nasir, dalam album WINGS – TEORI DOMINO. Nyanyian dari Awie, sentuhan gitar Joe, Bass padu dari Eddie dan ketukan maut Black memberi nyawa bagi lagu rantai, dimulakan dengan riff pentatonic nada D. Seni kata lagu nih memang dasyat,

Hey, kau ingin aku tunduk
Segala kemahuanmu
Kau cengkam
Dengan mata, wajahmu
Rantai ini hapuskanlah
Tak bisa kutahan lagi
Rantai ini leburkanlah
Tak ingin ku jadi abdi
Tak mungkin lagi kita
Menerima penaklukkan

Bebas MANDELA, bebas
Bebas bumi PALESTIN

Rantai ini, hapuskanlah
Lambat laun kan meledak
Rantai ini, leburkanlah
Tak mahu ku diperbudak

Hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey
Hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey
Hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey
Hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey

Bebaskan, bebaskan
Bebaskan, aw!
Bebaskan, bebaskan
Bebaskan, bebaskan
Hey, dunia ini satu
Bukan dua pun tiga
Bebaskan dari rantai
Kapitalis, imperialis
Musibah rantai…

Rock barat penuh dengan subliminal politik, lucah , kesyaitanan , keganasan. Tapi ianya berbeza bila sifu bawa elemen ketuhanan dalam lagu rock di Malaysia.

Memang sebenarnya semua isu dunia berkait dengan RANTAI. Rantai ialah metafora kepada PERHAMBAAN. Dunia kita semuanya dalam MODERN SLAVERY. Hamba moden sekarang lebih teruk, walaupun bukan secara fizikal, tapi secara pemikiran, penggunaan, semuanya melibatkan rantai.

Contohnya isu boikot, kita tak boleh bebas dari rantaian ekonomi, last sekali mesti berkait dengan orang jahat jugak. Macam artikel ni ditulis pun di atas platform depa jugak, hahaha.

Lepas tuh nak hantar tentera pengaman, Paklong kata boleh hantar kalau PBB arah. Maksudnya, negara pun terpaksa ikut rantaian PBB, NATO,

Nak bebas ekonomi pun sukar sekarang, hutang negara semua terpalit dengan rantai yang tak kesudahan. Lepas tuh Amerika boleh cetak duit mereka sesuka hati, sebab tahu rantaian ekonomi mereka pada IMF. Cuma China dan Russia je yang bebas dari rantai IMF nih, oh Korea Utara pun sama rasanya.

Ada yang lebih teruk juga ialah rantaian pemikiran. Kalau kita di rantai dengan sifat kolot, malas belajar, malas membaca, patutlah senang kita masuk dalam rantai kebodohan, rantai media sosial yang tak habis bergaduh macam macam isu, nak makan laksa pun rasa tak senang sekarang.

Ingatlah, wahyu terakhir dalam Al-Quran ialah RIBA, dia punya penangan, habis semua kita kena RANTAI. Semua rantai ini berkaitan, sebab itu rantai ini diwujudkan sampailah yahudi dapat buat negara depa sendiri, ahhahaha.

Bebaskan RANTAI ini dahulu, nak bebas rantai ekonomi ? boleh mulakan pertanian macam M Nazrul Hazeri , hahhaa.

Siapa yang berjaya bebas dari RANTAI, boleh sambung masuk GUA pulak, itulah tempat paling selamat masa sekarang !!!

Faiz – 7 Syawal 1442

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat