FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Nak Masuk Syurga Tak Mahu Masuk Neraka

Nak Masuk Syurga Tak Mahu Masuk Neraka

“Saya mahu ke syurga tak mahu ke neraka!”
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Seusai solat isyak, seorang lelaki India beragama Kristian hadir ke pejabat MRM untuk bertemu dengan saya. Temujanji telah diatur kerana sahabat Melayunya memberitahu bahawa kawannya ini nampak berminat dengan Islam tetapi beliau tidak tahu bagaimana nak menerangkan kepadanya.
.
Apabil mereka masuk ke bilik saya, saya bertaaruf sedikit dengannya untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat. Beliau memberitahu beliau telah lama tidak ke gereja. Maka saya bertanya kepada beliau kenapa beliau dah lama tak pergi gereja dan dalam banyak agama yang ada, apakah keunikan Islam yang menyebabkan dia berminat mendalami Islam & bukannya agama lain? Beliau menjawab;
.
“Actually saya sudah lama tak pergi gereja kerana semakin saya mendalami Bible, saya rasa itu bukan apa yahg diajar Jesus. Saya mahu ikut ajaran sebenar Jesus. Kenapa saya berminat dengan Islam & bukan agama lain? Sebab saya tengok konsep ketuhanan dalam Islam & Nabi dalam Islam paling dekat dengan Kristian.”
.
Lalu saya memberitahu kepadanya bahawa memang Allah dah sebut dalam Al-Quran (Al Maidah 5:82) bahawa yang paling dekat dengan Islam adalah orang Kristian. Beliau terkejut mendengar jawapan saya. Maka saya bertanya kepada beliau apakah beliau mempunyai persoalan yang memerlukan pencerahan? Kawannya mencelah;
.
“Brother, dia ni bila saya tanya dia, dia memang dah yakin Allah sahaja Tuhan & dia juga boleh terima Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam sebagai Nabi terakhir!”
.
Setelah mendengar jawapan kawannya, saya bertanya kepada beliau untuk mendapatkan kepastian samaada apa yang disebut kawannya itu benar atau tidak lalu beliau mengiyakan jawapan kawannya. Lalu saya bertanya;
.
“Memandangkan anda telahpun menyakini Allah sebagai Tuhan & Nabi Muhammad sebagai Nabi, apa sebenarnya yang menghalang anda memeluk Islam sekarang?”
.
Tanpa berselindung, beliau menjawab; “family & kawan-kawan la Brother.” Dan saya bertanya bagaimana family & kawan-kawan dia boleh jadi penghalang lalu beliau menjawab; “takut diaorang tak suka & tak boleh terima.”
.
Saya bercerita dengannya tentang pengalaman saya memeluk Islam dan pengalaman mengendalikan beratus kes mereka yang juga mempunyai kerisauan yang sama. Saya mengatakan dulu saya memeluk Islam sebab saya yakin Islam agama yang benar dan saya mahu masuk syurga dan belum sempat saya habiskan, beliau mencelah;
.
“Saya minat dengan Islam pun sebab saya mahu masuk syurga tak mahu pergi neraka! Dengar ceramah Brother & ustaz lain di YouTube ah sudah seram apatahlagi mahu masuk neraka! Saya tak mahu masuk neraka!”
.
Saya menjawab;
.
“Ya betul saya pun sama. Sebab itu bila saya memeluk Islam dulu, saya pun ada kerisauan sama tetapi saya fikir semula dan bertanya pada diri, kawan-kawan saya mau sembah apa, mereka tak pernah tanya atau minta izin saya. Mereka mau makan apa mau pakai apa atau mau pergi mana pun tak pernah tanya apa pendapat dan minta izin saya. Habis tu kenapa saya nak memeluk Islam dan berubah jadi lebih baik saya kena fikir apa perasaan mereka pula?”
.
Dia menganggukkan kepada tanda setuju dan saya bertanya kepadanya lagi.
.
“Anda percaya selepas anda memeluk Islam, anda akan jadi lebih baik atau lebih jahat?”
.
Dia menjawab; “Kemungkinan besar akan jadi lebih baiklah.” Dan saya bertanya;
.
“Kenapa kamu mahu menangguhkan diri untuk menjadi lebih baik sedangkan kamu yakin apabila kami memeluk Islam, kemungkinan besar kamu akan jadi lebih baik? Kenapa berikan diri lebih banyak alasan untuk tangguhkan hasrat menjadi lebih baik dan menyembah Allah?”
.
Dia menjawab; “Brother, saya cuma takut saya buat jahat itu sahaja. Nanti masuk neraka.”
.
Saya berkata; “Lebih baik kamu buat jahat sebagai Muslim daripada membuat jahat sebagai Belum Muslim kerana kalau kami buat jahat sebagai Muslim, kamu masih ada tauhid dan tidak syirik (sekutukan Allah). Bila kamu buat jahat sebagai Muslim, kami dapat dosa tetapi apabila kami buat baik kamu dapat pahala sebagai Muslim yang akan memadamkan dosa-dosa kecil kamu. Sedangkan kalau you buat jahat sebagai Belum Muslim, segala kejahatan kamu buat kamu akan dapat dosa dan lebih teruk segala kebaikan kamu buat kamu pun tak dapat pahala langsung (25:30)!”
.
Setelah berbincang hampir sejam lebih, beliau berkata; “Okla Brother. Saya memang takde alasan pun dan tak mau tangguh untuk menyembah Allah. Im ready.”
.
Alhamdulilah. Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah. Dengan rahmat Allah, seorang lagi insan kembali kepada agama fitrah malam tadi di pejabat MRM. Alhamdulilah. Allahuakbar.
.
Mungkin anda juga mempunyai sahabat yang berminat dengan Islam tetapi anda tidak tahu bagaimana menjawab atau menerangkan kepada mereka. Jangan risau. Hubungi kami di wasap.my/+601110500414 untuk aturkan pertemuan. We di our best and let Allah do the rest.
.
Welcome back to Islam, brother… Pulangnya seorang lagi hamba Allah kepada agama Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

#islam #muslim #dakwah #firdauswong
#multiracialrevertedmuslims #dakwahmrm #indiamuslim #indianmuslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat