Nak Tulis Apa Kat Facebook ?

Nak Tulis Apa Kat Facebook ?

Menulis di Facebook ni tak perlu ayat-ayat bombastik pun.

Asalkan orang faham mesej yang kita nak sampaikan dah cukup bagus.

Daripada guna jargon yang nak menunjukkan kita ni hebat, tapi kalau orang tak faham mesej yang kita nak sampaikan, tak guna jugak 🤷

Kadang tak perlu ada kehidupan yang hebat pun untuk menulis sesuatu.

Rutin harian yang biasa pun boleh dijadikan cerita. Cuma perlu kreatif dalam menyusun kata.

Sebabnya, pembaca lebih suka membaca kisah yang dekat dengan diri mereka. Kisah yang mereka jugak alami dalam kehidupan seharian.

Contoh mudah, kita bercerita tentang mengemas rumah. Topik ini memang dekat dengan suri rumah dan ibu-ibu di luar sana.

Nak lagi ummpph, tambah tip mengemas rumah kepada pembaca. Tip yang biasa kita buat dan boleh dorong pembaca buat sama.

Secara tidak langsung penulisan kita memberi nilai kepada pembaca.

Bila kita sentiasa beri nilai, orang akan suka untuk datang dan baca post kita lagi dan lagi.

Mudah kan?

Tak perlu pening-pening nak fikir untuk tulis apa. Tulis je apa yang kita lalui dalam kehidupan seharian.

Setakat sini je dulu penulisan Fatin. Kalau boleh rasa nak menulis lagi ni, tapi sambung next postinglah. Sebab Fatin ni kalau dah menaip memang panjang sampai boleh cecah lantai 😅

Takut ada yang tak larat nak baca je 🤭

.
Fatin Abdul Rahman 🌸

  • Terus menulis ✒️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat