Nasi Lemak Seksyen 8 Shah Alam Paling Sedap ?

Alhamdulillah, kalau dapat makan nasi lemak, lagi-lagi free memang best, tapi yang ni nasi lemak yang selalu abah saya masak, rasanya tak perlulah nak direview, ianya memang sedap sampai ke hujung dunia. Hhaha, sambal ikan bilis, udang, ayam goreng, dan satu periuk nasi, memang best sebab boleh tambah dua tiga kali. yehaaa.
sedap gila sarapan

NASI LEMAK ABAH

Bila abah buat nasi lemak, biasanya kami akan berkumpul, pagi-pagi datang, sarapan, biasanya hari minggu, atau ada yang request nak makan. Jadi biasanya macam-macam aktiviti buat, tengok video nursery rymes, atau layan video lagu klasik nasional, tak pun layan lagu 60an. Abah kekadang pulak tukar, buat goreng pisang, cekodok, mee hailam dan macam-macam lagi. Kalau takda masa, jawabnya bungkus jelah nasi lemak kat mawardah seksyen 4. OKlah, jom makan, ni minggu lepas punya resepi rasanya.

2 comments on “Nasi Lemak Seksyen 8 Shah Alam Paling Sedap ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge