NRELATE vs LINKWITHIN

Salam sejahtera semua. Kali ini saya nak cerita sikit pasal pengalaman saya menggunakan widget open sources yang ada dekat dunia alam maya ni. Hooo, oklah , untuk hari ini, selepas saya membedal roti canai sekeping dan teh o limau panas, badan saya terus bertenaga dan nak share sikit tips kepada anda tentang 2 gadget ni, Nrelate dan linkwithin. Oklah apa ke benda ni ? Adakah dia power macam vitamin Shaklee tuh ? Oklah buat permulaan, saya akan cerita sedikit sejarah nya, dan kepentingan gadget macam tuh kepada blog anda !!!
nrelate gadget pada blog saya

Kepentingan Related Posts

Oklah, korang pernah tengok kat benda ni, lepas baca sesuatu post dekat blog , pasti korang tengok ada blogger tu letak, related posts selepas blog dia. Hooo, kenapa kena letak ? Memang tak berdosa pun letak, tapi ianya satu cara anda nak engage dan keep pembaca blog anda teruskan membaca artikel yang menarik. Dan memang terbukti dan diyakini oleh ramai pakar diluar sana related posts membantu dari segi trafik dan juga SEO blog korang !!! 

Macam Mana Nak Setup Related Posts

Ok macam nak setup ni , kalau google je macam macam cara ada, ada yang bagi coding sendiri, dan paling mudah ialah korang boleh guna je template yang sudah ada gadget ni. Ada yang bentuk tulisan dan ada juga jenis gambar gambar kecil yang menarik, so kat sini, kalau korang ;letak gambar artis comel macam nora danish, emma maembong atau gambar lemak rozita che wan tentu ramai nak klik pada thumbnail tuh, ish ish ish. Oklah, dalam internet ni banyak juga 3rd party yang sediakan template ni, paling popular pastilah Linkwithin, banyak blogger ni gadget ni !!!
Apa Masalah Dengan Linkwithin ?
Linkwithin ni memang popular, tapi walaupun popular, saya pun cuba guna linkwithin, tapi banyak juga masalah dan benda yang tak best bila guna, so antara benda yang tak best tu ialah 
  1. Terhad – Linkwithin ni ada hadnya, dan limit nye hanya boleh papar sampai 5 posts sahaja, dan paling minimum 3 posts,
  2. Tak Boleh Edit – benda ni tak boleh edit, sebab lepas daftar email tu, lepas tu terus setup, dan kita tak boleh nak edit sangat.
  3. Selalu ada problem – walaupun senang nak install, tapi kadang kadang ada masalah, dan saya terus hadapi masalah tu 
  4. Masalah lokasi – memang ada masalah lokasi sedikit bila guna linkwithin, lagi lagi yang cuba letak auto readmore function dalam blog, jadi kurang kemas, bila kita lihat linkwithin tu ada sekali dekat page depan blog kita
  5. Backlink – masalah yang orang paling tak suka ialah linkwithin suka backlink kepada website mereka dulu sebelum pergi ke web kita, so perkiraan yang lambat sedikit dan tak berapa nak cun bagi yang gila SEO

linkwithin,masalah,problem,seo,backlink,
Linkwithin, buatkan blog anda kurang kemas

nrelate Penyelamat 

Saya masa nak edit blog untuk kaum kerabat Rumah Mesra Ceria, saya pun cari alternatif terbaik untuk gantikan linkwithin ni, dan akhirnya saya jumpa nrelate yang lebih cool. Tapi ramai tak tahu, sebabnya mungkin dah biasa dengan linkwithin. Beberapa kelebihan nrelate ni ialah
  1. Banyak Posts – boleh kejar sampai 10 posts
  2. Mudah Edit – boleh edit, nak letak wording sahaja atau nak thumbnail tu comel dan kecil
  3. rasanya kurang ada masalah macam link witihn kekadang tak boleh nak install
  4. Ambil masa sedikit untuk betul betul appear

2 comments on “NRELATE vs LINKWITHINAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge