FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Nyamuk , Pandemik Dalam Al-Quran

Nyamuk , Pandemik Dalam Al-Quran

KENAPA NYAMUK BINATANG PERTAMA YANG MUNCUL DALAM AL-QURAN ?

Kalau korang rasa binatang pertama yang muncul dalam Al-Quran ialah Lembu, tuh nama surah je. Tapi cuba kita baca ayat alquran, dari mula, 7 ayat alfatihah, dan masuk terus surah albaqarah. Paling best bila sampai ke ayat ke-26 surah sapi nih,

“Surely Allah does not shy away from using the parable of a mosquito or what is even smaller. As for the believers, they know that it is the truth from their Lord. And as for the disbelievers, they argue, “What does Allah mean by such a parable?” Through this ˹test˺, He leaves many to stray, and guides many. And He leaves none to stray except the rebellious”

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

Nampak tak kenapa nyamuk nih ? Kalau korang rajin baca, ikut ulamak, nyamuk ni adalah pembunuh Raja Namrud. Raja yang sombong, tak dapat dikalahkan, kebal, akhirnya mati dengan tentera nyamuk.

Tapi lebih dari itu, tanya lagi kenapa nyamuk ? Kalau kita kaji, nyamuk ni memang dasyat. Setakat nih, tiada ubat lagi , tiada vaksin lagi untuk melawan denggi. Paling menakutkan, nyamuk juga pembawa banyak lagi penyakit lain. Macam malaria, chikukungya, dan ZIKA. Korang tahukan budak yang baru lahir bila dijangkiti zika, terus jadi cacat pada kepala.

“Telah datang dari Nabi SAW bersabda: “Kebersihan sebahagian dari iman. ” Hadith ni ramai kata lemah, tapi kalau korang kaji, nyamuk tuh datangnya dari tempat yang kotor . Nak lagi, nyamuk ini senang membiak ditempat pembuangan sampah. Sebab tuh dalam Islam kebersihan sangat sangat penting. Bila tempat kotor, kat situ mulanya banyak penyakit.

Nak jadi lebih dasyat lagi, dalam ayat 2:26 nih, allah tak mention sekadar nyamuk, tapi Allah kata lagi “what is even smaller” . Pagi tadi tersedar dari mimpi, rupanya setiap tahun setiap zaman, pandemik akan berlaku, penyakit makin datang, bermula dari sekecil nyamuk, virus gila mendatang termasuk tahun 2020 pandemik nih. Apa yang merisaukan, kalau dikaji simptom nyamuk dan cobid, nampak sama, dan menjadi dilema juga para doktor dalam dunia, pening kepala jugak .

Sejarah berulang, jika raja Namrud yang kuat mati dibunuh nyamuk, sekarang pulak big company banyak dibunuh oleh cobid. Mungkkn sebelum ada yang sombong dengan kemegahan business mereka, akhirnya diuji jatuh jatuh teruk dengan serangan korona yang sangat sangat kecil ini. Habis dulu yang bergaji besar, turut dipukul dengan virus ini.

“Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya”

Perbandingan ini kita kena belajar, ada orang kata tak percaya virus nih, tapi sebenarnya Allah dah bagitahu sejak 1400 tahun dahulu. Ini bermakna, zaman akan datang akan ada lagi penyakit, virus yang lebih dasyat dari yang kita alami sekarang, lebih kecil dari cobid nih.

Bak kata orang Melayu, Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar. Ada benarnya pepatah melayu nih. Hidup jangan cepat melatah, jangan sebab nyamuk, terus kita marahkan orang lain. Semuanya berbalik kepada kita, kalau kita tak ambil pengajaran, jawabnya kita tak belajar dari sebuah makhluk kecil bernama NYAMUK !!!

Faiz – 8 Syawal 1442

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat