FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Orang Hebat Percaya Pada Diri Sendiri

Orang Hebat Percaya Pada Diri Sendiri

💁Thomas Edison, sewaktu bersekolah pernah diberitahu gurunya bahawa dia “terlalu bodoh untuk belajar apa-apa”. Di akhir hayatnya beliau mempunyai kekayaan bernilai RM800 juta dalam nilaian sekarang.

💁Oprah Winfrey dipecat dari pekerjaan pertamanya sebagai wartawan TV dan diberitahu “anda tidak sesuai untuk (bekerja di) TV “. Nilai kekayaannya sekarang adalah RM10.5 bil.

💁Walt Disney dipecat dari pekerjaan pertamanya sebagai syarikat suratkhabar kerana dikatakan “kurang mempunyai imaginasi dan tiada idea yang bagus”. Apabila berjaya, kekayaannya bernilai RM5 bil dalam nilaian sekarang.

💁Henry Ford bankrap 5 kali sebelum berjaya menghasilkan kereta Model T Ford. Beliau menjadi antara orang terkaya pada zamannya dengan nilai kekayaan sebanyak RM733 bil dalam nilai sekarang.

💁JK Rowlings, semasa menulis buku pertama Harry Porter, ibunya meninggal, perkahwinannya gagal, tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa bergantung kepada bantuan kebajikan dan didiagnosis dengan sindrom kemurungan klinikal.

Kini beliau adalah penulis terkenal dengan kekayaan bernilai RM2.4 bil.

Moralnya;

Sikap (attitude) kitalah menjadi penentu hala tuju hidup kita, bukannya kata-kata orang lain dan keadaan hidup kita sekarang.

C&P

Leave a Reply

Open chat