Padan Muka Dr Fauziah Kena Tahan

“PADAN MUKA” KENA TAHAN

Bila baca pasal misi ni dalam group wassap yang ada suami Haridah Sahri MamaAlya, mula mula tengok, oh macam misi biasa je, hantar bantuan kot. TApi selepas banyak kali baca, dan diterangkan, baru paham, oh ini bukan misi sebarang misi, ada udang disebalik misi.
zaytouna misi keamanan

ZAYTOUNA : WOMEN BOAT TO GAZA

Bila follow setiap update terkini nih, oh, rupanya ianya melibatkan wanita wanita hebat kesemua negara, mereka menaiki kapal zaytouna, yang terdiri dari 13 wanita hebat, termasuklah Dr Fauziah wakil malaysia. Paling cool jugak ada jugak wanita Israel yang turut serta misi women boat to gaza.
Hahhaa, memang cari nahas ke apa nih ? Israel bukan biasa biasa , mereka tengok wanita je, ele, tapi bab mungkin ketakutan rasanya mungkin tempat haram diorang tuh kena serang, so tahan je boat zaytouna, tuh, sampai masuk penjara Israel. Memang confirmlah kena tahan.
Tapi ini bukan sebarang tahan, bila teliti balik, semua cerita ini, baru terfikir, oh patutlah ada misi nih. Jelas, misi nih bukan semata-mata bantuan. Tapi lebih nak tunjukkan kat masyarakat dunia, banyak benda. Selain dari ketakutan israel, sampai kena tahan wanita, mereka telah block laluan ke gaza, bukan sahaja darat, malah laut pun mereka jaga jugak, takut sangat ke ? Dan perangai buruk mereka yang menahan misi keamanan nih tercatat lagi, dan dunia makin lama makin memerhati dan memikirkan semula semua cerita penahanan ini.

KECEKALAN DR FAUZIAH

Tapi bagi aku, Dr Fauziah dan suami dan keluarga, tentu sekali akan agak benda nih, ye, kalau aku pun, gile ke apa nak p sana, kalau tak bersedia jiwa dan raga. Hahha, memang confirmle kena tahan. Kalau terlepas tuh memang nasib. Tapi Dr Fauziah ni dah standby video, ye video tuh memang direkod siap siap jika apa apa berlaku. Memang hebat perancangan nih.
Akhirnya Dr Fauziah dibebaskan, dan balik ke malaysia, dengan selamat. MIsi women boat to gaza tuh berjaya, Ye betul sangat berjaya. Berjaya tuh bukan kira boat tu sampai ke gaza. Oh biasa dengar kalau berjaya tuh, kena sampai ke destinasi. Oh tuh berjaya orang biasa. Tapi Dr Fauziah dan delegasi lain tuh berjaya dan sangat berjaya. Sebab mereka berjaya tunjukkan kepada dunia pengecutnya Israel tuh, hahhaa, selain dari kejam lah. So, inilah misi yang tak sampai destinasi, tapi berjaya sampai mesej tuh kedalam hati masyarakat dunia.
So memang “padan muka” Dr Fauziah, balik dengan pengalaman duduk di penjara Israel, satu pengalaman yang bagi aku, bukan orang biasa yang boleh melaluinya, walaupun lelaki sado . Sebabnya wanita memang Allah ciptakan memang KUAT, bukan di fizikal, tapi di hati mereka.

0 comments on “Padan Muka Dr Fauziah Kena TahanAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge