Papan Dam Haji Tok Untuk Cucu

Papan Dam Haji Tok Untuk Cucu

Hari ini semangat sungguh abah nak main dam haji bila tengok kami bawa kotak indoor games kami. Padahal semua mainan tuh kami kumpul dari zaman abang joe kecil sampai lah besar . Tak sangka banyak mainan yang masih ada, apa lagi tok dah geram dah lama tak main dam haji.

Tapi tak sangka pulak tok pergi seksyen 9 beli papan 2×2 meter , boleh pulak layan lukis sendiri buat papan dam haji level kampung main kat gerai gerai.

Apa lagi, bila dah siap, budak budak semua kena kerah tolong hitamkan kawasan tanda X , hahhaa guna pensel 2B je. Itupun dah power. Buah dam pulak kami guna biji carom, itu pun zaman saya beli masa darjah 5 , tahun 1995, still boleh main lagi, hehehe.

Lepas tuh apa lagi, sebelum nak tunggu isyak, babah lawan atok , disaksikan cucu semua. Hahaha dah lama tak lawan abah nih. Biasanya main kalah jelah, hahaa, power sangat bapak saya main dam haji.

Harap ada papan dam nih, kita kena banyakkan indoor games , kurangkan gajet.Nak main dam haji kena jaga jaga, jangan sampai minah bawak parang sudah hahhaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat