FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Pasar Malam Bandar Baru Selayang Musim PKPB

Pasar Malam Bandar Baru Selayang Musim PKPB

:: PASAR MALAM PKPB ::

Nak tak nak kita harus hidup dengan suasana COVID ini pada masa sekarang. Dan perkara ini adalah salah satu initatif yang amat baik.
Pasar malam di Bandar Baru Selayang ini tidak dibuka sejak dari 18 Mac 2020, iaitu hari pertama PKP dijalankan. Hampir 8 bulan peniaga peniaga ini tidak dapat berniaga dan mencari rezeki.
Kini, pasar malam telah dibuka kembali secara SOP.

1. Ada dua laluan sahaja untuk masuk dan keluar iaitu hujung ke hujung jalan. Dulu ada hampir 6 jalan masuk ke pasar ini tapi kini yang jaga laluan masuk
2. Pengunjung yang ingin membeli haruslah mendaftarkan diri menggunakan My Sejahtera, atau menulis di buku. Kemudian diambil suhu. Pengunjung wajib memakai pelitup muka.
3. Peniaga yang meniaga pula diberikan lot kedai yang mempunyai jarak antara kedai dengan kedai sebelah yang agak lapang.
4. Peniaga yang mendapat lot kedai dibahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A akan berniaga, minggu pertama dan ketiga, Kumpulan B pula akan berniaga minggu kedua dan keempat.

Sedar tak sedar, ketika pembeli membeli secara auto nya mereka ini beratur menunggu giliran. Tidak seperti sebelum ini, semua main bersesak sesak ke depan.

Aku ni jenis ringan mulut,
Aku suka bertanya khabar
Ada mendengar keluhan sedikit dari peniaga, yang mengatakan minggu ni murtabak aku beli ni ada, next week bukan giliran mereka, kena tunggu minggu satu lagi baru berjumpa. Tapi mereka bersyukur sebab dah lama mereka tidak meniaga di pasar malam. Jadi initiatif berniaga 2 minggu sekali ini sangat sangat baik buat mereka.

Buat pembeli pula,
Jika membeli dan ada baki hasil belian itu seperti rm1 atau rm2, kita tak perlu ambillah ambil baki belian tersebut. Kita jadikan itu pemangkin semangat peniaga ini untuk kembali berniaga.
In shaa allah.

Kita ke arah yang lebih baik. Kita mampu dan akhir kata dari ku…
KITA JAGA KITA

kredit : mohammad yunus nasib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat