Pasar Pagi Pengkala Chepa

Alhamdulillah, hari ni dapat juga update blog setelah 3 hari tak update. Oklah, cerita pertama tentunya pasal kami lepak di Mc Donald Pengkalan Chepa, Kelantan. Ainul Mustafa ada meeting dekat TM, oklah nampaknya aku kena bawak Arreessa hilangkan rindu kepada maknya tuh, hoo, pening betul. Tapi, cara paling best tentunya kena bawak dia pergi McDonald, tempat yang best dan lagi menyenangkan. Ok, jom kita tengok apa yang best kat Pengkalan Chepa ni !!
pasar,pagi,mc donald,pengkalan,chepa,business,kelantan,kota,bharu,
Pasar pagi Pengkalan Chepa, Depan Mc Donald

Pantai Sabak

Setelah hantar Ainul pergi meeting, aku bawak Arreessa jalan jalan, tah macam mana aku nak tengok area Pantai Sabak. Aku berjaya juga sampai, masuk jalan kampung ke dalam, sampai kat satu tempat tu, jambatan boleh muat satu kereta je. Aku sempat juga tengok laut, dan sungai yang cantik, area muara. Paling best, ada sekolah depan laut. Lepas tuh, aku jalan je, aku ingat dah sesat, rupanya ada je jalan keluar. Aku tengok orang kampung, lembu, kambing, dan macam-macam lagi. Oklah, Arreessa sangat bosan, dan tidur dalam kereta.

Mc Donald Pengkalan Chepa

Hehe, macam biasa, banyak tempat, kapitalis McD , mesti adanya, hooo, betullah, kat sini area student UMK, Universiti Malaysia Kelantan. Hoo, memang feel habis. So aku tengok, selain bebudak malas makan kat tempat biasa, jadinya, mereka pergi McD, oklah, tempat McD ni memang selesa. Arreessa siap main, lepas tu makan fillet o fish, hoo, memang sedap sungguh katanya. Ada tempat baby, bolehlah bersihkan kencing dia jap. Oklah, cun, memang selesa !!!

Pasar Pagi

Agaknya dalam sejam dah lepak McD, aku tak sangka pulak, depan McD tuh, boleh pulak ada pasar pagi pengkalan chepa. Oklah, masa untuk shopping, saja nak hilangkan bosan. Tak sangka Arreessa nak jalan sampai ke hujung, macam macam beli, jam tangan, kastu princess, dan tengok baju dan tudung. Asyik dia lari je, susah nak kawal, sampai terpaksa nak jerit, adui . Oklah, pasar tuh, ada jual barang basah dan juga baju-baju lawa. Lepas tuh, terus lepak kat TM sampai Ainul habis meeting. Apapun, lepas tu  kitorang terus bergerak ke Kuala  Terengganu. Selamat  tinggal Kelantan !!!

0 comments on “Pasar Pagi Pengkala ChepaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge