FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Pendakwah Tak Boleh Ambil Upah ?

Ada terbaca pandangan Ibnu Katsir dalam tafsirnya, pendakwah tak boleh ambil upah mengajar JIKA DIA PUNYAI GAJI ATAU PENDAPATAN SENDIRI.

Jika dia tiada pendapatan lain, cukup bagi dia ambil upah sekadarnya sahaja (untuk memenuhi keperluan hidup dia sekeluarga). (Tafsir Ibn Katsir Surah Al Baqarah: 41)

Betapa para ulama dahulu menjaga diri dari meminta minta upah dari dakwah yang dia sampaikan.

Ramai juga asatizah kita di zaman ini memang tak minta bayaran atas ilmu yang mereka sampaikan, malah mereka pula berkorban untuk sampaikan dakwah. Semoga Allah pelihara mereka.

Dan tidak sedikit guru agama yang menjadikan mengajar agama sebagai “Part time” untuk tambah side income, sedangkan mereka sudah punyai income tetap sebagai guru dan pensyarah atau pegawai kerajaan.

Duit yang mereka dapat memang halal. Tetapi nasihat dan panduan Ibnu Katsir tersebut sangat bagus untuk menjaga keikhlasan hati.. Sesekali kita sampaikan kuliah, cubalah sekali sekala menolak apa yang mereka beri sekiranya keperluan kewangan kita sekeluarga sudah mencukupi.

Hal ini sebagai satu cara mendidik jiwa kita agar tidak mengharap apa2 upah dari dakwah kita yang mana kita pun sudah mempunyai keperluan yang mencukupi.

Tetapi sekiranya benar2 tidak cukup, tidak salah untuk kita menerimanya sebagai upah atau hadiah.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat