FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Pendekar Bujang Lapok

Pendekar Bujang Lapok

PENDEKAR BUJANG LAPOK – DEMONSTRASI TAKKAN BERJAYA MELAWAN KEZALIMAN , TETAPI ILMU BOLEH

Filem P Ramlee yang memaparkan 3 bujang lapok yang nak belajar ilmu silat nih, berjaya menaikkan nama P Ramlee, selepas filem nih dinobatkan sebagai filem komedi terbaik pada pesta filem asia ke 6 pada tahun 1959.

Pernah ke korang terfikir kenapa movie ni diangkat sebagai filem terbaik ? adakah sebab lawak dia kelakar semata-mata ? Jawapan dia bukan sekadar komedi yang dipertontonkan, tapi mesej mendalam yang P Ramlee letakkan, sehingga sampai sekarang kita terfikir fikir maksud mendalam dialong “Alif Mim Noon Wau ”

DEMONSTRASI BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Macam p ramlee tahu nanti malaysia akan ada demonstrasi ? Itu mungkin perasaan dan pengalaman dia melalui zaman tanah melayu nak merdeka. Tapi p ramlee dah tunjukkan, demonstrasi bukan cara terbaik melawan kezaliman. Babak pertama filem ni menunjukkan macam mereka cuba mengajak penduduk orang miskin di jeti penampang melawan samseng samseng Ahmad Nisfu. Tapi akhirnya mereka hanya lawan bertumbuk sahaja, tak dapat dikalahkan, walaupun Ramli, Sudin dan Ajis berjaya naik sampan. Sebabnya, ketua samseng Sharip Dol dan kawan-kawan tentu nak balas dendam pada wak mustar. Ini babak penting kepada melawan kezaliman, bukan cara protes yang ditunjukkan bujang lapok, kerana esoknya semuanya masih sama.

PERGI BERGURU MENCARI ILMU – Nampak je macam nak belajar silat, sahaja je nak bagi kelakar ada scene kejar cikgu ros, alif tendang wau, tapi paling penting ialah pergi mencari guru yang betul betul arif. Adab menghormati guru ditunjukkan p ramlee melalu sesi berbual mesra. Sambil tuh pun, p ramlee sempat lagi mengkritik bangsa melayu , bila dia kata kerja “menunggu ayam jantan bertelur” itulah hakikat bangsa melayu yang hanya tunggu dan lihat.

MINTA MAAF ITU BERTAUBAT – Kalau perasan ada satu scene mereka cuba nak minta maaf kat Ros sebab dah sebabkan salah faham. Akhirnya bujang lapok memilih untuk menyanyi lagu maafkan kami. Lagu tuh memang menarik sedap, sampai ros pun sudi maafkan mereka. Tapi P Ramlee sebenarnya nak tunjuk, lagu maafkan kami itu ibarat TAUBAT atau penyucian jiwa yang perlu dilakukan jika kita nak berguru dan menuntut ilmu. Hhaha, jadi kena sucikan jiwa kalau nak belajar apa apa ilmu yang baik. Bila ros suruh jumpa pukul 1 tuh, bukan semata mata jumpa. Dalam hal yang lebih [penting, jumpa ros pukul 1 tuh maksudnya bangun solat tahajud jumpa TUHAN. Itulah P Ramlee nak ajar, nak jumpa kekasih, mesti bangun malam, dapatkan petunjuk dan hidayah.

BERKHIDMAT UNTUK GURU – Nak tunjuk lagi, adab lagi bila belajar berguru tentu sekali ialah berkhidmat untuk guru, kena buat kerja. Maknanya, kat sini, ilmu bukanlah suatu yang percuma. Cumanya bujang lapok nih bukanlah berduit, jadi mereka menolong wak mustar untuk bersihkan rumah. Samalah kita, belajar mengaji, kita bahagi duit pada tok ustaz seikhlas hati kita kerana mendapat ilmu tersebut .

BELAJAR HURUF DAN MEMBACA – P ramlee, masalah melayu, sampailah sekarang ialah belajar MEMBACA. Zaman dulu ye, banyak yang buta huruf, nak belajar silat pun, mesti belajar membaca dulu. Apapun ilmu, sistem pendidikan , mesti belajar membaca. Membaca ini p ramlee dah tunjukkan ianya sangat basic, sebelum nak melangkah ke peringkat yang lain. Ianya membenarkan kepada ayat pertama quran yang diterima muhamad “Iqra ” “Bacalah”

MENGHADAPI UJIAN – Apapun selepas belajar, mesti lalui ujian, ye setiap ilmu yang kita belajar mesti ada ujian supaya kita benar benar faham ilmu tersebut. Ilmu itu sangat penting, ujian tuh test yang menguatkan kefahaman dan keberanian kita. CUmanya p ramlee nak berlawak, dia buat hantu jepun menjelma di tempat orang mati. Hhaha, itupun, kalau dikaji, ada pembayang dan mesej yang p ramlee nak sampaikan kepada kita

LAWAN KEZALIMAN SEBENAR – Akhirnya ilmu yang diperoleh digunakan untuk melawan kezaliman sebenar. Babak terakhir ialah menyelamatkan ros. Masa ini p ramlee nak tunjuk, selepas dah kuasai ilmu, barulah boleh lawan kezaliman ini.Lawan dengan ilmu dan kebijaksanaan. Bukan main redah je. Kali ini sudin dan ajis menggunakan kebijaksanaan mereka mengalahkan samseng dengan mudah sekali. Biasalah, nak ada unsur lawak, saja je p ramlee buat samseng tuh bodoh cepat kalah. P ramlee kata, nak lawan kezaliman, mesti ada teman, samalah jugak Nabi Musa yang membawa Nabi Harun menemankan beliau melawan kezaliman Firaun yang sombong.

ILMU BOLEH MELAWAN KEZALIMAN – Filem ini memang membawa makna yang hebat kepada bangsa melayu. Bila satu babak pak ahmad sebut huruf “M”, itu memang sengajar ditujukan kepada bangsa MELAYU yang masa tuh masih mundur, M mungkin juga membawa kepada MALAS dan macam macam lagi. Suatu filem yang P Ramlee tujukan khas untuk bangsanya, supaya menuntut ilmu dan melawan kezaliman dengan cara yang betul dan beradab, dan bukannya dengan demonstrasi yang membuta tuli dan tidak mengikut norma ketimuran.

Kenapa P. Ramlee Buat Lawak Politik Sarkis Dekat Sekolah Buta Huruf Dalam Filem Pendekar Bujang Lapok ?

Buta HurufFilem P. RamleeFitnah Akhir ZamanHishamuddin RaisPendekar Bujang Lapok
Semalam masa aku nak pergi COD dekat pangsapuri subang hijauan, kami macam biasa main Clever Girl, bukan aku main dengan peserta Clever Girl, tapi main soal soal macam Alif Satar tanya budak budak perempuan tuh.
Jadi dalam masa tuh aku tanya anak aku, alif mim nun wau, tuh apa dia, apa akan jadi bila alif tendang wau, nasib baik anak aku jawab sarkis, betul pulak.

SEKOLAH BUTA HURUF ITU SARKIS ?
Terdetik dalam fikiranku ini, kenapa dan apa matlamat sebenar P. Ramlee buat lawak tuh. Aku dan wife pun berbincang bincang dan uji ketajaman minda dia.

Aku dapati di situlah kebijaksanaan P. Ramlee, dia seolah-olah dikurniakan Allah kotak pemikiran, mungkin juga hati bersihnya yang ingin melihat bangsa melayu itu maju. Sebab itu dia buat lawak huruf ‘M’ . M mewakili melayu, malas, hahha.

MEMBACA CARA HISHAMUDDIN RAIS
Kalau kau perasan, semua orang dalam tuh buta huruf. Ye nak kata orang kita ramai yang masih tak pandai masa tuh, sebab tuh mungkin senang kena tipu.

Tapi era sekarang zaman media sosial fitnah dajjal globalisasi, membaca itu bukan sekadar baca huruf. Tapi lebih dari itu, kau kena bijak membaca keadaan dan situasi.

Aku teringat bagaimana Hishamudin Rais ajar membaca surat khabar tempatan, baca dan faham makna sebenar situasi tersebut. Jadi penting belajar membaca, supaya kau semua tak jadi orang buta politik dan percaya bulat-bulat orang orang penagih undi pilihan raya.

SOLUSI MASALAH AKHIR ZAMAN
Macam aku cakap tadi, membaca itu asas kepada umat islam, ye , wahyu pertama pun turun dengan Iqra, Bacalah. Kau nak faham dan menghadapi akhir zaman, jawapan dia kau kena buka Al- Quran melalui Surah Al Kahfi dan cari perkaitannya pada surah yang lain.

Aku rasa ramai tahu episod Musa berguru dengan Khidir, macam aku pernah tulis dulu, kau kena ada mata khidir, baru kau boleh baca dan faham masalah sebenar, disebalik tulisan media masa, media hiburan dan cakap cakap politik.

KEILMUAN FILEM TERBAIK ASIA
Akhir kata, kau kena faham, filem P. Ramlee yang lawak gila bukan nak kau gelak seratus kali, tapi nak kau faham masalah bangsa melayu nih, yang bukan tak pandai, ramai je ada ijazah master phd.

Tapi masalah dia sekarang bangsa kita yang tak boleh MEMBACA, lagi-lagi masalah politik dan lain- lain. Lawak tuh buat aku fikir, jangan main sokong orang tuh hanya sebab dia bagi minyak free, bukan jugak sebab dia nak hapuskan GST, oh tidak.

Kau banyak-banyakkan membaca, buatlah pilihan bijak, kita bangsa berilmu, sebab tuh bujang lapok kena belajar membaca, sebelum belajar silat. Kita pula kena upgrade teknik MEMBACA kita. Ok ? Kau pernah tengok program politik melampau ? Macam Sarkiskan ?

4 thoughts on “Pendekar Bujang Lapok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat