FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Pengalaman Atomy EC Bangi

Pengalaman Atomy EC Bangi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat pada semua sahabat2 syurga.

Zata nak share pengalaman pertama Zata menjadi orang belakang tabir live di Ec Bangi semalam. SubhanAllah. Tak tergambar perasaan sebenarnya. Magic dan miracle nya semalam. Allah atur cantik.

Zata selalu pesan jangan takut berimpian. Sebab bila kita berimpian itu adalah doa. InsyaAllah Allah akan makbulkan jika impian itu yabg terbaik buat kita.

Dulu masa Zata mula2 nak buat Atomy, Zata berimpian nak berkolaborasi dengan Umi Ros. Zata nak belajar dari dia. Bagaimana dia naik dengan pantas di Atomy. Alhamdulillah Allah izinkan. Allah gerakkan Umi Ros untuk guide Zata masa Zata nak naik Sales Master. Lepas tu Allah gerakkan Umi Ros offer Zata jadi part of team Ec Bangi.

Lepas tu Zata berimpian nak belajar dan berkolaborasi dengan Tuan King. Zata nak tengok dengan lebih dekat bagaimana dan apa yang menyebabkan dia terus persevere dalam Atomy ni. Allah izinkan Zata bertemu sekali lagi di alam maya dengan Tuan King malam tadi. SubhanAllah hebatnya Allah.

Zata juga pernah berimpian nak tahu lebih pasal Kak Baya. Zata dengar orangnya hebat. Baik di dunia investment dan Atomy. Again Allah izin semalam Kak Baya antara panel yang hadir di live forum semalam.

Dan dari kecik memang ikut Tok Abah. Ayah dan mama pun suka Tok Abah. Sebelum ni pernah jumpa sekali masa bekerja di Shell Malaysia, Tok Abah join program team building bg motivasi. But semalam jumpa lagi. Allahuakbar.

Zata share ni bukan untuk kalian nampak Zata hebat. Bukan. Kalau kalian rasa begitu maksudnya niat Zata tak kesampaian.

Zata nak kalian nampak yang Maha Mengatur semua ini. Nampak ALLAH. Betapa baiknya Allah. Dan Tok Abah ada pesan semalam, Allah akan beri apa yang kita sangka. Jadi sentiasa jaga sangkaan kita. Fikir yang baik2. Berimpian yang baik2. InsyaAllah Allah beri.

Semalam kali pertama Zata mengendalikan live belakang tabir. Pengalaman yang best. Rasa tengok dari dekat. Tq pada Alif PMC dan Kak Haqimah atas tunjuk ajar.

Syukur banyak yang Zata dapat melalui Atomy. Kenal hamba Allah yang hebat2, dapat income yang datang dari arah yang tak disangka2, dapat bantu mak ayah dan adik2, dapat bantu ummah. Allahu. Nikmat apa lagi yang nak Zata dustakan.

Pada yang dah join Atomy. Cepatlah bertindak. Peluang dah depan mata. Yang belum join boleh cari adik beradik, kawan2 atau siapa yang kita tau dia buat Atomy. Join lah. Cari leader yang boleh guide anda. Buat betul2 dan InsyaAllah berbaloi.

Zata yakin banyak lagi impian Zata yang akan Allah tunaikan melalui Atomy. InsyaAllah.

Zata juga doakan Allah yang maha baik tunaikan segala impian anda.

Zata share juga nota2 dari forum yang Zata dapat dari sahabat Atomy. Moga Allah limpahkan rahmat kepada beliau.

Tips utk berjaya dalam biz Atomy
1-membaca
2-tonton video CEO, org yg dh berjaya di web atomy- belajar dr kesilapan org
3-join meeting/zoom meeting
4. Guna produk
5. show the marketing plan
6. Bercakap/share dgn consumer
7. bincang dengan leader cr cara utk selesai isu/apa2 bukan citer masalah kita cth suami xsupport/xde org percaya bla bla
8. Build the trust dlm group/walk the talk

-Tn King- (Talk Magical Miracle)

Tips dr Tok Abah (DFMK)
Mencari redho Allah.
Sebaik baik manusia,manusia yang memberi manfaat kepada org lain.
Dalam Atomy kita dapat bantu orang susah/asnaf.
Takkan rugi irg ber ISTKHARAH..
Takkan rugi orang bermesyuarat.
40 hari Apabila membuat perkara yang baik Setiap hari, ia akan menjadi tabiat
amalkan Surah Ghaffir ayat 44 (bc tiap mlm lps subuh 3x) – serah pd Allah
amal Surah Sod ayat 54 (rezeki xputus)
Brng siapa fokus pd solusi Allah akan bg solusi kalu fokus pd masalah akn bertambah mslh
rebuild the trust – serasikan roh
-doa mendoakan
-maafkan maafkan hati bersih doa makbul attract org
– bantu membantu – akan dpt lebih/jgn berkira
– tgk org doakan org tu dlm diam, malaikat akan doa kan kita
Org yg senyum akan ceria dan sihat – hormon dirembeskan (org yg xbahgia xsenyum tp org yg senyum konpem bahgia
BUKAN NAK CARI SARA HIDUP TAPI TUKAR CARA HIDUP (jangan kejar biz shj, jom bantu org lain)

-Tok Abah – (Talk Magical Miracle)

Jika anda tak jumpa sapa2 untuk guide anda jom click link 👇🏻 Zata dan team Zata akan bantu anda. InsyaAllah jom kita naik berjemaah, kaya berjemaah. Gunakan kekayaan yang Allah beri untuk infaq ke jalan Allah. InsyaAllah

http://www.wasap.my/60192424022/jointeamASMZATAYUSOF

#sharingbyzatayusof
#misigemberi
#Atomians
#dreambigdreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat