Pengalaman Sebelum Daftar Business Shaklee

Pengalaman Pahit Getir Sebelum Mendaftar Business Shaklee: Cerita Business

OKlah, kali ni, post aku pasal pengalaman sebelum mendaftar ahli business shaklee ni. Hoo, rasanya memang sukar dan dugaan pun banyak, sebelum nak berjaya nak merasa income stabil dengan shaklee ni. Kitorang daftar sana sini, duit perabih banyak, kejar sana sini dan sebagainya. Tapi bila awek cun Hadhatina muncul je, Alhamdulillah, rezeki mula melekat. Jomlah aku cerita sikit cerita aku sebelum aku jumpa pakcik Shaklee ni. ok nama syarikat ini ialah bukan nama sebenar, ala ala kes juvana tv1.
kami akan terbang tinggi
Kami akan terbang tinggi suatu hari nanti,

Pengalaman Syarikat Burung

Kiranya, mula-mula kitorang nak kenal business ni, kitorang pernah try syarikat burung ni. Macam-macam kitorang cari macam mana nak cari modal masuk business ni, kiranya berpuluh ribu juga habis. Tapi kitorang tetap gagah masuk, mula-mula tu bajet senyum dapat income, tapi sebab kitorang kena buat list, cari orang, dan ajak orang lain masuk syarikat burung ni, adui penat woo. Kitorang tak suka nak approach orang macam ni, pastu nak masuk ribu-ribu, kang kena rompak duit, woo, teruk jugak. Tak bestnya lagi, kelas malam, tak boleh bawak anak, teruknya. Belajar -belajar, nak jual barang tu sikit, tapi lebihnya nak cari orang-orang dan orang. Penat wooo. Kitorang pun buat sales, malas nak cari orang ni. Buat  sales tu  adalah untung sikit. Tapi nak kena p stokis dia tu leceh sikit, last last bila income shaklee dah mantap, aku pun tak continue dengan syarikat burung ni.

Pengalaman Pelaburan Tanjung Bidara

Yang ni pelaburan 10% sebulan, memang penat jugak nak masuk, siap aku pinjam duit mak aku lagi, kitorang share. Nampak oklah, bulan bulan masuk, sebab tengok harga emas masa tu naik, tapi tak bestnya, aku kenalah jugak cari orang kalau nak cepat kaya. Adui, lagi tak bestnya, benda ni bersifat sementara, tah tiba tiba, CEO tanjung bidara ni tak mahu bayar dah dividen, adui pening aku, nasib baik dah lepas modal, kalau tak melayang duit ni. Adui, aku bajet nak rilek buat duit belanja bulan bulan, last last, lingkup jugak tanjung bidara ni. Last -last shaklee jugak yang untung, masyukkkkk

Kenapa Allah Biarkan Kitorang join benda benda ni sebelum SHAKLEE ?

Korang pun tahu, sebenarnya, kesilapan kitorang ni, banyak mengajar kitorang. Macam -macam benda aku belajar dari sini. Perbandingannya dengan cara kami di SHAKLEE cukup berbeza. Kiranya aku nak listkan point yang penting .
1) Kat shaklee, hanya RM 65 sahaja untuk mulakan business, tak perlu nak modal ribu-ribu
2) Kami suka buat jualan, tak perlu cari orang, 
3) Yang kelakarnya, orang yang cari kami, sebab cara kami sungguh rilek
4) Tak perlu nak paksa-paksa orang laburkan duit ribu-ribu lemon
5) Boleh bawak anak datang kelas, kelas pun flexibel, tinggal nak rajin je.
6) Produk bagus, orang sentiasa pakai .
7) Leader baik baik belaka, kekadang garang, kekadang best, kekadang rajin belanja makan.
Alhamdulillah, kami diberikan jalan yang salah, sebelum kami temui jalan yang lebih mudah. Jalan yang kami lalui ini, amat menolong kami untuk berjaya dalam SHAKLEE
ALHAMDULILLAH !!!! ALLAHUAKHBAR !!!!

4 comments on “Pengalaman Sebelum Daftar Business ShakleeAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge