FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Pengesan Perubahan Struktur Isyarat

Pengesan Perubahan Struktur Isyarat

 Burung terbang mcm ni, boleh kurangkan penggunaan tenaga(depa tahu dari mana nak terbang mcm ni

Saya dah lama tak update ni, biasalah buat buat sibuk, lagipun awak semua kena faham, saya dah 2 semester daftar phd kat UM ni, sebagai tutor, kita tak leh duk rilek, kita telah dimestikan membuat master/phd kat UM ni. Hahaha.

Ok saya telah mencadangkan model melakukan pembahagian struktur pada suatu isyarat. Isyarat ni berubah-ubah mengikut masa. Jadi melihat dan membaca beberapa jurnal yang berkaitan, akhirnya saya mendapat ilham dari En Olson.

Ok sekarang ni anda perlukan model untuk mewakilkan isyarat yang berubah struktur ni. Saya dah bikin skt. Mula mula saya pakai Jacob, tapi tak ketentuan pulak hasilnya. Akhir sekali saya pakai Particle Swarm Optimization (haha, ada orang kata algorithm ni mcm budak , Jacob lebih matang)

Hahaha, apa yang penting, kalau budak dapat selesaikan masalah, baik suruh budak je, kekadang orang dewasa pun tak boleh nak pk.

Oklah, guna PSO untuk cari titik perubahan, dah dpt skt untuk isyarat yang mudah, kalau ada mcm mcm struktur, masih belum berjaya lagi. Oklah, biasalah tu, mama pun ckp, buat skt skt, lama lama jadi thesis jgk.

Oklah, tahun ni, insyaallah boleh hantar satu jurnal lagi. Harap semuanya ok, bolehlah habiskan phd cepat.

Leave a Reply

Open chat