Pengganas Lan Pengkaq Sempat Berbakti Pada Orang Tua

Pengganas Lan Pengkaq Sempat Berbakti Pada Orang Tua

SEORANG PENGGANAS DI KODIANG YANG DITANGKAP DAN DIPENJARA PUN
MASIH SEMPAT BERBAKTI KEPADA ORANG TUANYA

Lan Pengkaq ditangkap polis. Lan Pengkaq disyaki pengganas, kemudian ditangkap
dan dimasukkan ke penjara.

Beberapa hari kemudian, Lan Pengkaq menerima surat dari Abahnya:

“Lan, Abah tua dah. La musim tanam jagung, hang dok penjara pulak.

Lagu mana ni, abah tak larat nak cangkui dan tanam sendiri.”

Lan Pengkaq kemudian membalas surat tersebut:

“Abah, kebun jangan cangkui lagi dan tanam jagung. Pasai di kebun
tu Lan dah tanam senjata, peluru dan bom.”

Ternyata surat balasan Lan Pengkaq ditapis oleh pegawai penjara, dan
langsung dilaporkan ke unit tindakan Khas.

Besoknya, datang satu pelatun D4 ke kebun abah Lan Pengkaq.

Tanpa banyak cakap, langsung seluruh kebun tersebut dicangkul hingga petang untuk mencari senjata.

Malam harinya setelah unit tindakan khas pulang, abah Lan Pengkaq menulis surat:

“Lan, tadi ada polis mai, dengaq ceghita depa cari senjata, peluru dan bom yang hang tanam di kebun… tapi tak jumpa. Sekarang abah nak buat lagu mana?”

Setelah merima dan membaca surat kedua dari Abahnya, Lan Pengkaq kemudian
membalas surat kedua tersebut:

“Abah, sekarang kebun dah dicangkui… tanam la biji jagungnya.”

Pegawai yang bertugas menapis surat tersebut langsung berteriak histeria:
“Celaka hang Lan Pengkaq”

#selamatbrgumbira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat