Penjual Online Teruskan Iklan

Penjual Online Teruskan Iklan

Wahai Penjual online

Teruskan iklan :

walaupun friendlist fb tak belanja like

walaupun family sendiri tak beli apa kita jual

walaupun kawan sendiri tak pernah bagi semangat

walaupun kadang terasa down sebab tiada siapa sudi tanya harga

walaupun terpaksa terima sindiran dari orang sekeliling

walaupun untung sikit tapi kita kerja keras

walaupun ada kawan fb yang akan remove kita dari friendlist diorang

Sebab bisnes mengajar kita erti tawakkal. Tawakkal selepas berusaha. Kerana bisnes mengajar kita berfikiran positif dengan orang-orang disekeliling kita. Kerana bisnes kita belajar bersabar mengendalikan emosi apabila berhadapan dengan pelanggan yang cerewet.

Belajar untuk menerima teguran,belajar mengakui kelemahan diri, belajar berdikari. Kerana bisnes mengajar kita erti pentingnya silaturrahim. Kerana bisnes menjadikan kita manusia yang tidak pernah berputus asa.

Jadi berbisnes lah walaupun anda sudah kaya. Supaya dapat memupuk sifat positif dalam diri.

Sharing with love

#SayaPeniagaOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat