FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Perempuan Cantik Banyak Tapi …

Perempuan Cantik Banyak Tapi …

Perempuan yang cantik itu banyak. Tapi perempuan yang boleh ada di saat kau terjatuh dan masih setia menyokong, itu sukar dicari ganti.

Hargailah mereka selagi Tuhan masih beri peluang untuk punya dia. šŸ’•

Lagi-lagi isteri! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri.

Hentikanlah perbandingan seperti ini. Hentikanlah perbandingan yang menunjukkan isteri sekarang malas dan tak suka tolong suami.

Hakikat sekarang, isteri kerja sama kuat dengan suami.

Jika mereka suri rumah, mereka lebih bekerja kuat.

Jika mereka suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja
lebih kuat.

Jika mereka bekerja, menjadi suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja sangat sangat kuat.

Isteri dulu dan zaman sekarang fungsinya sangat berbeza.

Mereka berfungsi mengikut zaman, bukan berfunsi kengikut ketetapan suami. Bukan begitu.

Hargai isteri.

Jika mereka tak sempat masak sedap, kita belikanlah
makanan sedap untuk merea.

Jika mereka tak sempat kemas rumah, kita bantulah
kemaskan rumah untuk mereka.

Jika mereka letih, kita jadilah tukang urut mereka.

Jika mereka sedih, kita jadilah penenang mereka.

Membandingkan isteri dulu dan sekarang hanya
dilakuakn oleh orang bodoh dan suami yang merasakan
ini adalah perbandingan wajar adalah lebih bodoh lagi.

Kredit : Mohd Firdaus Jailan
#tukangfikir
Usik aku tak apa, usik bini aku kau tunggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat