FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Pindah Blogger Ke WordPress

Pindah Blogger Ke WordPress

Cara Nak Pindah Blog Custom Domain Blogger Ke WordPress
Oct 8, 2017
Cara Pindah Domain Blogspot Ke WordPressExport WordPress URLsRedirect Plugin WordPress
Salam sejahtera semua, apa khabar orang kampung ? Alhamdulillah, joe labu sihat sejahtera selepas menunaikan solat subuh. Lepas tuh pulak wife buatkan kopi hitam baik punya kaw kaw, mengantuk dengar ceramah tadi hilang sedikit. Oklah, takpa. Ingat tak harituh abang joe ada ajar korang plugin nak transfer blogspot ke wordpress ? ok, takpa kali ini abang joe nak ajar satu lagi trick nak transfer blog lama korang, tapi yang ada custom domain blogger.

Yang ni adalah satu projek yang abang joe buat pada blog wife Ainul Mustafa . Com. Kitorang nak try wordpress, jawabnya abang joe buat sendiri pindahan ini. Kali ini memang agak sukar sedikit sebab ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan, terutama bab redirection.

TUKAR DNS SETTING PADA DOMAIN
Mula-mula kau kena tukar name server dekat domain yang kau beli tuh. Kat situ ada setting, kau kena point kan domain kau ke server yang nak letak blog wordpress nih. Sekali abang joe buat, apasal lambat sangat nih, ok takpa, rupanya dia ambil masa nak migrate dari server google ke server baru. Oklah, takpa, hampir abang joe sumpah seranah orang yang jaga domain nih. Bila dah selesai, kau boleh tengok dekat dashbord, lepas tuh install apa-apa plugin yang korang berkenan. Confirmnya nak pasang plugin google adsense, barulah menjana duit kaw kaw punya.

PINDAHKAN DATA BLOGGER KE WORDPRESS
Oklah kali ini macam biasa kau ingat tak abang joe suruh pakai plugin mudah, ok kali ini sebab kitorang pergi majlis keputeraan Ilham Bakhtiar anak mkb dan hadhatina, jawabnya aku buat pakai smartphone je. Hhaha, memang senang sikitlah dari blogspot, sebab dashbord dia tuh mobile responsive, oklah, terus transfer malam tuh jugak.

redirect link lama ke wordpress

ATASI MASALAH REDIRECTION
Kalini ada lain sikit, sebab ainul dah pakai custom domain. Custom domain dia pulak dah ada yang SEO, dah index, dah ada orang klik dan cari. Jawabnya, ada beberapa cara nak selesaikan nya. Cara pertama ialah kau buat custom permalink, setting sama macam link blogspot. Tapi wife aku kata tak cantik. Dia suka yang style wordpress ada tajuk je. Ye betul, aku pun kata tak kemas. Jadi kita kena fikir macam mana nak redirect link lama ke blog baru yang lebih cun melecun.

Install Plugin Redirection
Guna ExportURL
Ok lepas dah pasang plugin redirection. Kau boleh tengok cara mudah nak redirect, samada kau buat satu-satu ataupun kau boleh bedal semua link guna excel csv format. So kat sini trik mudah aku buat ialah aku export url yang ada dalam blog nih, aku buat 2 file. Satu extract link custom satu lagi link sebenar. Untuk link custom tuh, aku kena buat dua file. Sebab jangan lupa, kalau kat mobile, blogspot punya link tuh lain macam sikit, ado pulak tanda soal m=1 tuh . Hahhaa, jadi kau guna skill microsoft excel kau, copy, edit , paste, dan upload ke plugin redirection tuh. Setel !!!

export url wordpress

TEST REDIRECTION
Part paling tak best ialah, walaupun kau dah buat semua redirection tuh, tapi ada juga error. Jawabnya kau kena buat satu-satu lah, kekadang permalink baru blog kau nih jadi cacat, tapi kau boleh buat balik dan test. Ok tak ? So kau kena buat dua-dua. satu redirect desktop, dan satu lagi redirect mobile.

Ok, peneranagan aku nih memang kau tak nampak. Aku bagi bayangan je. Kalau kau rasa nak belajar, hubungilah aku, nanti aku cas konsultasi 10 juta dolllar. Memang mahal sikit lah, sebab kau berurusan dengan orang yang syok sendiri dan perasan pakar. Hehehe, apapun, nanti kita cerita masalah lain pulak di kemudian hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Powered by