FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

PKPB Membunuh Ekonomi ?

PKPB Membunuh Ekonomi ?

PKPB YANG SIA SIA.. AKHIRNYA TERBUKTI PKPB TELAH MEMBUNUH EKONOMI..

Setelah 2 bulan perlaksanaan PKPB tanpa sasaran yang tepat akhirnya diakui, Ianya telah sekali lagi membunuh Ekonomi sepertimana yang aku tulis sebelum ini dengan kehilangan nilai Ekonomi RM 300 Juta sehari…. atau RM 9 Billion Sebulan.. 2 Bulan Perlaksanaan kita hilang hampir RM 20 Billion..

Sepertimana PKP dulu yang mana sehari kita kehilangan RM 2.4 Billion.. Kerajaan jauh lebih lambat sedar akan kesan Ekonomi pada fasa ke 2…Sebenarnya kesan dia jauh lebih besar bila akan banyak Perniagaan kecil dan sederhana nanti terpaksa ditutup dan menanggung bebanan hutang… SME dan PKS akan teruk terjejas..

Namun segalanya telah terlambat.. Kerajaan bukan saja telah membunuh Ekonomi rakyat bawahan, hatta menambah jumlah Penganggur dan kelompok Miskin baru di dalam Negara…

Sepatutnya sejak awal kita sudah laksanakan PKPB bersasar dan lebih Progresif.. Sebab Persediaan dan kefahaman rakyat jauh lebih baik berbanding fasa pertama dulu..Itu sebabnya sejak awal aku katakan, Kita kena belajar hidup dalam persekitaran Covid-19 sebagaimana Korea Selatan dan Jepun..

Nampaknya Kerajaan hari ini sudah berputus asa kerana gagal melandaikan kes Coivd-19..Yang lebih teruk ia telah menyebabkan Ekonomi menjunam teruk.. Kes hari ini kekal lebih 1000 kes atau tiga angka.. Tidak ada tanda penurunan2..

[Deleted]

[Deleted]

🙂

C&P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat