FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Ragut Meragut

Ragut Meragut

May 10, 2009 at 3:55pm

selamat datang ke alam rimba,
ada pemburu ada mangsa,
kau tak perlu takut,
untuk menjadi peragut,

tak perlu kerja,
tak perlu rupa,
yang penting tamak haloba,
bertopengkan syaitan durjana,

ragut perempuan di tepi jalan,
ragut anak gadis, muka gila bengis,
ragut perempuan, biar dapat wang,
ragut unfang-undang, memang kaki temberang,

ramai yang duka, ramai yang mati,
terus meragut meragut lagi,
nak harapkan penjaga kota,
tapi semua gila kuasa,

semua jaga perut sendiri,
pakaian hitam terus digari,
semua sibuk menjaga dewan,
biarkan peragut berkeliaran,

ragut perempuan, ditepi jalan,
ragut bini orang, biar dapat wang,
ragut kerani, untuk poket sendiri,
ragut undang-undang, jadi katak katak tempang,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat