Rekod Tanpa Kalah Chelsea Stamford Bridge

Rekod Tanpa Kalah Chelsea Stamford Bridge

REKOD YANG TAK AKAN TERKALAHKAN?

Dengan kekalahan Liverpool kepada Burnley di Anfield awal pagi tadi, maka rekod tanpa kalah di tempat sendiri milik Chelsea masih lagi kebal dan selamat. Chelsea merekodkan 86 perlawanan tanpa kalah di Stamford Bridge dari 2004 sehingga 2008 (4 tahun).

Liverpool pula mencatatkan 68 perlawanan tanpa kalah sebelum tewas semalam. Jika rekod ini ingin dipecahkan, kita perlu menunggu minimum 4 tahun akan datang. Gila kan rekod ni?

Satu lagi rekod yang mungkin tidak akan dipecahkan lagi adalah rekod gol bolos paling sedikit dalam satu musim, yang mana telah dicatatkan oleh Chelsea di bawah bimbingan Mourinho pada 2004, Chelsea hanya bolos 15 gol sepanjang musim tersebut. Petr Cech merekodkan 24 clean sheet dalam musim tersebut, juga satu rekod yang masih gah sampai hari ini.

-Z8-

#MalaysianChelseaEmpire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat