FAIZ SAAID

Blog Orang Selangor

Resepi Chicken Grill Super Moist

Resepi Chicken Grill Super Moist

Chicken grill yang super duper moist dan saya tambah pendapatan ngan jual chicken grill

🌸 Bahan perapan

Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 4 ulas
Halia 1 inci
Kicap pekat 1sb
Sos barbeku 2 sb
Tomato sos 1sb
Cili sos 1sb
Gula perang 2sb
Madu 2sb
Kiub ayam 1 kiub
Mix herb 1 sb
Oregano 1sb
Blackpaper 1sb
Mentega 1sb

Blend semua bahan² sampai hancur lepas tu perap dalam 3 jam….

Lepas perap sy grill sekejap atas pan dalam 5 minit gitu lepastu masuk dalam oven saya guna suhu 200° bakar dalam masa 20 minit. Dah siap bakar rehat kan ayam sekejap.

🌸 Kuah blackpaper

Mentega 1sb
1/2 labu bawang besar didadukan
Tepung jagung 1sb
Air 1 cawan
Kiub ayam 1
Blackpaper yang ditumbuk 1sb
Sos blackpaper

*Satu kan air dengan tepung jagung kacau smpai hilang tepung ketul².

Letak periuk atas dapur
Cairkan butter lepastu masukkan bawang besar. Tumis sampai naik bau.

masukkan semua bahan² kacau bagi pekat lepastu tutup api.
(boleh ejas rasa mengikut kesesuaian)

Ok da siap boleh hidangkan chicken grill bersama fries sosej dan kuah blackpaper. Nak bagi nampak selera hidangan tu hias dengan salad dan tomato. Selamat mencuba sebarang pertanyaan boleh drop kat komen.TQ

Credit : Cik Till

Leave a Reply

Open chat