Resepi Frozen Yogurt Fruit Bites

Resepi Frozen Yogurt Fruit Bites

Frozen Yogurt Fruit Bites.

Tadi beli groceries sebab stok dah habis. Tetiba teringat kakak pernah share Greek Yogurt Farm Fresh. Terus beli satu, nak cuba.

I’m not a big fan of yogurt tapi disebabkan dalam program IJMK (Insaf, Jaga Makan Kembali) dan nak cuba snack lain selain kekacang maka kita try makan yogurt.

Bahan-bahan:
1. Greek yogurt – Dutch ke, Swedish ke tak mau.
2. Buah-buahan – Lagi sedap kalau ada mangga, peach rasa manis-manis sikit. Kalau tak ada tak apa.
3. Baking paper cups – Baru teringat ada kat dapur, beli masa PKP dulu.

Cara-cara:
– Potong dadu buah-buahan tersebut.
– Keluarkan paper cup.
– Letakkan greek yogurt ke dalam paper cup.
– Letakkan buah-buahan yang telah dipotong.
– Masuk dalam freezer sehingga beku.
– Sedia untuk makan.

Sihat, boleh dijadikan snack, bagi anak-anak makan pun boleh. Letak madu sikit kalau nak bagi manis.

Nak buat pickup line macam Superdaddy tak reti jadi selamat mencuba

kredit : Melissa Jalil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat