Rezeki Pusat Kuarantin

Rezeki Pusat Kuarantin

Inilah rezeki di pusat kuarantin,
tanda kasih kerajaan prihatin

Walau tiada ikan patin,
ucaplah syukur zahir dan batin

Hargai petugas berjuang di kantin,
sudilah jamah sehingga licin

Betul betul betul kata Upin Ipin,
berterima kasih amalan terpimpin

Ada yang riak melibas kain,
Sutera emas kilat bak satin

Bayangkan berada di negara lain,
entah ditolak seperti angin

Jika tak mahu susu di pangkin,
apa kau mahu racun yang dingin?

Orang berbudi jadikan pemangkin,
belajar akhlak rakyat marhaen

Jika diri tarafnya lain,
duduk saja di negara dingin

Santun jangan dibuat main,
bagai sumbang tarian zapin

Kami di sini ikan masin,
bukan salmon bertabur raisin,

Mungkin lupa sejarah kelmarin,
terlalu lama dalam purple rain

Walau asrama jemputlah ‘check in’,
jangan risau tiada jembalang dan jin

Harap sembuhlah dengan izin,
Berkat kasih Rabbul Alamin

Dunia bukan seindah pelamin,
sekadar musafir singgah mastautin

Jadilah seperti rimbunan pohon tin,
di tanah tandus menyimpan vitamin

Ingatlah pesan Kamilin Jamilin,
ilmu membawa ke lembah muttaqin

Tiada rugi bersifat muhsin,
Rendah diri pancarkan ad din

#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis
#bukansalmon

#kitajagakita
#janganberangankayangan

Kredit: Fedtri Yahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat