Riba +Hutang =Bebanan (RHB) Mati Syahid pun tak guna

RHB = Riba + Hutang=Bebanan, Satu Formula Penangguhan Masuk Syurga

Bunyi RHB, riba, hutang dan bebanan, satu formula yang mengcengkam manusia sejagat hari ini. Anda perlu tahu, hutang ialah satu perkara yang amat amat dititik beratkan dalam Islam. Hutang akan dituntut masa hari pembalasan, tak kisahlah hutang apapun, hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia. Tapi, segala punca hutang dunia ini datangnya dari penangan RIBA, sama ada riba kecil, besar, ataupun debu-debu riba. Walaubagaimanapun, saya tetap mempunyai cita-cita, impian untuk mengatasi masalah RHB ini.

1) Mati Syahid pun tak guna

Dalam satu kemusykilan tentang hukum Mati Syahid, orang yang mati syahid akan diampunkan dosa-dosanya. Walaubagaimanapun, penangguhan nak masuk syurga itu ada, jika dia tak langsaikan hutang-hutangnya terlebih dahulu, sama ada hutangnya dengan Allah seperti ganti solat, puasa, dan juga hutang-hutangnya dengan manusia sesama manusia. Saya merujuk di ruangan kemusykilan yang berkaitan dengan ganti solat dan hutang di sini

2) Hapuskan Matawang, Kembalikan Emas, dan Perak .

Memang nasib badan, nasib badan, dengan adanya pengaruh rockefeller dan rothschild, yang dikatakan mengawal sistem ekonomi dunia, nilai matawang digunakan, dengan rothschild mengawal emas dan rockefeller ialah pelobi minyak dunia. Sistem matawang sekarang, yang hanya bersandarkan kertas, adalah tidak bernilai. Masalah sekarang yang lebih teruk ialah bila emas dan perak menjadi permainan pelaburan spekulator seperti George Soros, yang boleh mengawal matawang US. Akhirnya berlakulah inflasi, kenaikan harga barang, dan seterusnya menghambat golongan tengah untuk menjadi miskin. Duit kita sekarang juga ialah debu-debu riba yang bertaburan di dunia sekarang, dan ianya ialah di antara penipuan terbesar sekarang dalam dunia ini. 
Bak kata MKB, suami kepada hadhatina shaklee, kita perlu bersiap sedia dengan krisis kejatuhan matawang ini, dengan menyimpan emas dan perak, dan memulakan pasaran dinar dan dirham. Sekurang-kurangnya, sistem barter dulu lebih terbuka dan adil berbanding dengan duit kertas yang mudah di permaikan oleh spekulator dan orang orang kaya dunia.
pengawal matawang dunia nathan rothschild
Nathan Rothschild, pengawal ekonomi dunia sekarang

3) Beli secara TUNAI, ikut kemampuan

Sebelum kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan dinar dan dirham, seelok-eloknya, kita elakkanlah berhutang. Masalah kredit kad memang menghantui kami dari dulu lagi. Mula-mula memang seronok, tapi akhirnya membawa padah. Satu lagi, ianya tetap riba dengan nama lain nya yang dipanggil INTEREST, memang rasa profesional , tapi itulah sekular. Riba itu akan datang, dengan sikap kita yang suka berhutang untuk mewah dan bergaya

4) Nak langsaikan HUTANG-HUTANG

Selain itu, diri ini berazam untuk melangsaikan hutang -hutang yang ada, dari kecil hinggalah yang besar. Lagipun hutang -hutang yang ada ini semuana riba-riba. Walaupun kita tidak dapat elak, sekurang-kurangnya, kita mesti berusaha untuk melangsaikan hutang. Saya berazam untuk melangsaikan hutang rumah, kereta, pinjaman bank dan lain lain. Selain itu, saya juga nak bayar balik hutang biasiswa saya kepada UNIVERSITI MALAYA, ternyata, duit itu bukan saya yang punya, ianya hasil dari duit rakyat malaysia.
bayaran balik kepada universiti malaya bright sparks
Hutang saya kepada bright sparks Universiti Malaya

Penutup: Majukan EKONOMI Kita 

Akhir kata, sama-samalah kita membangunkan ekonomi kita , jangan salahkan orang lain dan sebagainya, kita perlu berusaha untuk mengatasi penipuan ekonomi yang ada sekarang ini. Ianya tak sukar, semuanya bermula dari diri kita sendiri. 

2 comments on “Riba +Hutang =Bebanan (RHB) Mati Syahid pun tak gunaAdd yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge