Risau Umur 40 Kerja Tak Stabil ?

Risau Umur 40 Kerja Tak Stabil ?

“Risaulah, umur nak masuk 40, kerja masih belum stabil.”

“Aku pun risau juga, umur dah nak masuk 40, tapi belum ada anak.”

“Haish. Aku ni umur nak masuk 40, masih bujang lagi.”

Dan macam-macam kerisauan yang hadir dengan umur 40.

Memang perlu risau ke? Terutama perihal rezeki yang di luar kawalan si hamba?

Quran beri petunjuk, umur 40 memang signifikan untuk direnungkan. Bahkan Dia memberikan skrip doa untuk bersiap menghadapinya.

Cuma.
Piawai berjaya menghadapi umur 40 bukanlah dengan pencapaian harta yang bertumpuk, atau kerja yang stabil, atau anak yang ramai, atau ijazah pendidikan peringkat professor.

Tidak.
Itu piawai manusia.

Piawai di sisi Tuhan jauh berbeza. Tuhan mendidik, jika dirahmati dengan usia 40 tahun,manifestasikannya dengan:
1) Menjadi peribadi bersyukur.
2) Berbuat baik kepada ibu bapa
3) Fokus Amal soleh yang Dia redhoi.

Habiskanlah baki usia 40 tahun berikutnya dengan amal soleh kesyukuran. Itulah persiapan akhir-akhir kehidupan dunia sebelum bertemu denganNya dalam kehidupan selepas kematian yang abadi.

وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ إِحْسَٰنًاۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًاۖ وَحَمْلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهْرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Al-Ahqaf 46:15

Jika seorang ibu mensasarkan si anak “Sebelum umur 7 tahun, dah kena lancar membaca.” Lalu, sebelum usia tersebut, si ibu meletakkan usaha didik anak membaca.

Jika pedoman Tuhan mendidik manusia “Apabila capai umur 40 tahun, dah mudah praktis syukur & Amal soleh.” Lalu, apa yang manusia perlu persiapkan?

Faham apa makna Amal soleh?
Faham apa makna Syukur?

Amal soleh, itulah amal yang bawa pada pembaikan diri, keluarga dan masyarakat. Secara mudahnya, keseluruhan ayat Quran, saat memilih melaksanakannya, memang itulah amal soleh. Kerana Quran, sumber barakah yang membuahkan kebaikan bertambah-tambah. Segala perintah & laranganNya adalah untuk islah manusia.

Bagaimana pula dengan syukur?
Nabi Nuh diiktiraf hamba yang bersyukur dalam Quran.

ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur.
Al-Isra’ 17:3

Manifestasi kesyukuran Nabi Nuh terlihat pada kesungguhannya 950 tahun menyelamatkan masyarakat dengan berdakwah, menyampaikan ajaran Tuhan.

Justeru, Yang mahu meneladani syukurnya Nabi Nuh sewajarnya persiapkan diri dengan ilmu wahyu, amalkan untuk diri. Selanjutnya, pilihlah untuk sebarkan wahyu Tuhan sebagai agenda hidup terutama selepas usia 40 tahun.

Dan.
Bukti kesyukuran seorang hamba sangat terkait dengan kesungguhan si anak berbuat baik pada kedua ibu bapanya.

Mengapa?

Ibu bapa adalah manusia paling banyak berbakti kepada anak. Andai si anak gagal menzahirkan kesyukuran dengan berbuat baik pada ibu bapa yang boleh dilihat mata, bagaimana mungkin si anak mampu mensyukuri Tuhan yang tak nampak dek mata? Sedangkan Tuhan jauh lebih banyak kurniakan nikmat

Usia mendekati 40?
Analisa segala potensi.
Persiapkan diri agar saat tiba usia 40, mahu serahkan segala masa, tenaga, harta untuk perjuangan di jalan Tuhan, manifestasi kesyukuran kepadaNya. Habiskan saki-baki usia selepas 40 tahun dengan Amal soleh Yang buktikan kesyukuran.

Ayat Ibrahim
Goodbye 33. Welcoming 34.Dan bila masuk Januari beberapa hari lagi, saya tetap kena jawab “Umur saya 35 tahun ni.” Begitulah kisah December babies.

Buku “Tuhan mahu berbicara denganku”

http://bit.ly/shopeeTMBD

Rebut diskaun YEAR END SALE 2020 sebanyak 10% sehingga 31 Disember 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat