FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Rokok Bazir Duit ?

Rokok Bazir Duit ?

**Khusus untuk para perokok yang didalam hatinya memiliki keinginan untuk berhenti Merokok**

Saban tahun, diperhatikan rokok telah menjadi barang wajib yang dipilih oleh kerajaan untuk dinaikkan kadar cukai dan seterusnya dinaikkan harga…

Harga sekotak rokok popular dahulunya RM 12.00 pada tahun 2013… kini sudah meningkat menjadi RM 17.00 sekotak…
(Peningkatan RM 4 dalam masa 3 tahun-kadar peningkatan ini semakin tinggi saban tahun)

Bayangkan berapa agaknya harga sekotak rokok dalam tempoh 3 tahun lagi?

Selain harganya yang kian mencanak naik…
Terlalu banyak keburukan yang boleh disenaraikan dan menjadi sebab untuk difikirkan oleh para perokok…

Antaranya;

1) Tabiat merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit merbahaya- faktor membahayakan kesihatan

2) Imej si perokok yang tidak disenangi seperti bau mulut serta pakaian yang busuk – faktor menjatuhkan imej

3) Asap rokok bukan sahaja membahayakan si perokok tetapi juga orang disekelilingnya.. -faktor membahayakan keluarga

4) Fatwa majoriti ulama yang telah mengharamkan amalan merokok – faktor tegahan agama

5) Pembaziran wang yang tidak memberi faedah dikala zaman kemelesetan ekonomi – menunjukkan para perokok bukan terdiri dari mereka yang bijak dalam pengurusan kewangan – faktor kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat