Rumah Murah Area Seremban ?

Alhamdulillah, pagi pagi bangun, tetiba anda bersemangat dan ada kesedaran nak beli rumah, mungkin nak buat menyewa, atau pelaburan, atau memang suka bandar Seremban 2 yang penuh dengan adat ketimuran, atau anda nak belikan rumah untuk orang tua anda, hahha, ini ada projek baik punya, IJM land ada rumah baik punya kat Seremban 2, mesti korang tak percaya, sebab macam macam IJM land offer khas untuk bumiputera, tapi jangan seronok sangat sampai tak beli, sebab tawaran ni terhad !!!

4 Sebab Korang Kena Cepat Beli Rumah IJM Land ?

Banyak sebab sebenarnya korang bertuah dapat beli rumah di IJM land, kakak aku dulu beli rumah masa diorang offer ipad, yang ni bukan sekadar offer iphone ipad, tapi ni offer BELI RUMAH DAPAT UMRAH !!! hahaha, bukan dapat  4 tiket, tapi 2 tiket ke UMRAH, hoo, kan best tuh, dan korang bukan pergi UMRAH  tuh kena bayar duit sendiri, tapi IJM bekerjasama dengan Andalusia Travelling, syarikat terbesar paling ngetop bawak orang pergi  Umrah kat Malaysia nih. Oklah,  sebab banyak sebab nak cerita sebenarnya, tapi aku belanja 4 sebab je dulu, itupun  aku copy blog wife aku kat sini

1. Down payment boleh bayar bulan-bulan

Benda pertama yang mesti ada dikepala setiap bakal pembeli rumah kan. Yelah kalau baru nak mula kerja, EPF pun bukan la banyak sangat jadi mana la nak cari 10% untuk down payment rumah. Special di projek IJM Land ini dimana mereka menawarkan down payment yang rendah, 0% interest olan ansuran sehingga 36 bulan menggunakan kad kredit, 2 Tahun Keahlian PERCUMA Kelab Seremban 2, Subsidi atas legal documentation fee. Jika korang ni pelanggan setia IJM land, korang akan dapat menikmati rebate 1% – 1.5% dibawah IJM Land’s Purchaser Priority Programme.


2. Pergi Umrah PERCUMA

Dengan pembelian , IJM Land menawarkan package Umrah yang lengkap selama 12 hari . Package termasuk tiket penerbangan, penginapan di Hilton Hotel Mekah selama 6 hari dan Mawaddah al Waha/Mawaddah al Huda, Madinah selama 4 hari.Semua lengkapkan. tinggal bawa diri je. Andalusia Travel ni pun antara travel agen terbaik dan memang terkenal di Malaysia dalam membawa jemaah pergi Umrah. Beli rumah dapat pergi umrah sekali. kalau taknak boleh berikan tiket kepada mak ayah kita.

3. Bebas Dari Kesibukan Kota Raya Penuh Pancaroba

Kepada yang bekerja di Bangi, Putrajaya malah Kuala Lumpur sekali pun sangat la sesuai membeli rumah di Seremban 2 ini. Projek IJM Land ni berdekatan dengan highway plus. Kalau korang travel nak ke selatan tu boleh nampak projek projek sedang dilakukan. Dekat sangat dengan highway. Kemudahan public transport juga banyak membantu mereka yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Seremban 2.

4. Ada Mydin dan AEON Kat Seremban 2

Nak cakap kat sini, Seremban 2 memang sangat tenang, best, ada Aeon, kalau bosan pergi Mydin Mall, kat situ anda boleh makan cendol sambil tengok anak main, lagi best ada tasik kat situ, bolehlah korang jalan jalan main layang-layang, bersenam, tak pun mengingati kisah-kisah silam dan zaman cinta waktu muda macam bro framestone yang ramai peminat tuh. Cuba korang layan video kat bawah nih, hahaha, memang feel kegembiraan !!!

Jangan Tunggu Sampai Tahun Depan

Kempen “Beli Rumah Jom Umrah ” terbuka kepada semua bumiputera dan promosi ini akan berakhir sehingga 31 July 2016 sahaja. Projek perumahan yang terlibat adalah 20’ x 70’ 2-Storey linked homes RM488,110, 22’ x 70’ linked homes RM558,410 and 24’ x 80’ super-linked homes price RM661,010 dan 2-Storey semi-detached homes harga dari RM925,110. Ada setengah perumahan ini sudah pun siap dan sedia untuk diduduki dan pembeli boleh ambil peluang untuk melihat dahulu rumah rumah ini sebelum membeli. Maklumat lanjut, korang boleh klik kat website IJM Land, www.ijmland.com.

2 comments on “Rumah Murah Area Seremban ?Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge