Salahkan BANJIR ?

Salam sejahtera semua. Dukacita kita dengar cerita hari hari banjir , paling teruk sekarang ni tentu sekali di Kuantan sana. Kalau korang tengok sendiri kat facebook , macam macam orang cerita update sana sini pasal banjir. Manalah nak cari pertolongan, satu bandar Kuantan boleh kata terjejas dengan bekalan elektrik pun terputus sebab air naik dan TNB pun terpaksa tutup bekalan elektrik. So dari marah dan salahkan orang lain dengan mulut kosong, baik gua tulis pendapat gua kat blog, harap sama sama kita perbaiki kelemahan diri kita ni.
mangsa,banjir,pusat,pemindahan,jepun,malaysia,
Perbandingan Malaysia dan JEPUN ni betul ke ?

Pemimpin Tamak ? 

Aku tak pastilah sama ada nak kata pemimpin kita tamak . Tapi macam biasalah, sebelum banjir , gua asik dengar isu pemimpin naik elaun, naik gaji, kerajaan nak bikin GST, TNB nak naikkan taraf elektrik, sedang rakyat yang susah terus sengsara nak hidup. Boleh dikatakan kalau ikut zaman pemerintahan China, gua baca komik katanya bencana akan berlaku bila pemimpin atau boleh kata Maharaja di situ ada masalah , kejam dan sebagainya. Oklah, korang rasa ada kaitan ke dengan kenaikan gaji elaun para pemimpin negara kita ni ? Oklah, bak kata nak melawak tuh, elaun naik, air pun naik.

Masih lagi Perang POLITIK ? 

Paling best masa banjir kat Kuantan dan tempat lain ialah berlangsungnya persidangan sebuah parti politik terkemuka tanah air. Sampai ramai yang ada rasa marah sebab sempat lagi nak buat persidangan sedang ramai saudara mara kita di sana dah teruk kena banjir. Paling sedih bila kata ada pemimpin kita marah bila seorang adun nak usulkan bantuan banjir di parlimen, sampai kena marah. Tapi gua rasa bila bab bantuan kemanusiaan, tak perlulah nak pakai baju yang melambangkan parti politik . Tak perlu, kita sesama insan, takda masa nak bergaduh politik , kita nak selamatkan nyawa , nak mudahkan hidup mereka yang sengsara tanpa mengira ideologi politik. Tapi nak buat macam mana, negara kita memang 24 jam bergaduh pasal parti politik.

Banding Negara Luar ?

Lagi isu menarik bila kita tengok, ramai pula yang kat facebook, share macam mana pusat pemindahan mangsa bencana di jepun dan di thailand jika dibandingkan di Malaysia. Memang aku tengok kalau kat gambar tuh, memang kita ketinggalan , dan pihak berkuasa Thailand pun boleh sediakan khemah yang tersusun untuk mangsa bencana. Tapi bak kata wife aku, sekurang-kurangnya, pihak berkuasa kena asingkan tempat lelaki dan wanita, supaya dapat menghormati sedikit privacy pihak wanita, dan mereka pun berasa selesa kalau nak tukar baju , solat dan sebagainya. 

Luahan Mangsa Banjir ?

Yang ni kekadang aku rasa memang sedih sangat, dan kekadang geram dengan sikap segelintir pihak. Paling teruk memang mainan politik akan diapi-apikan, supaya nampak satu pihak itu betul-betul membantu, nak menunjuk-nunjuk parti politik dia datang selamatkan mangsa banjir, padahal mangsa dah makin teruk tak makan sehari semalam. Penduduk memang dah agak akan berlaku bencana, tapi memang kesian pihak berkuasa seperti tak boleh nak persiapkan untuk menghadapi musibah sebegini rupa. Hoo, memang sedih baca status facebook setiap orang di sana sini.

Mencuci DOSA ?

Setiap apa yang Allah turunkan, pasti ada hikmahnya, memang mencuci dosa kita, yang memang lalai dengan dalam dunia ini. Biar banjir ini membuka mata kita, tentang sesetangah orang, buka hati kita untuk menjadi orang yang lebih baik, menjadi saudara mara sesama insan, biar kita rasa kesusahan mangsa Taufan di luar Malaysia. Apapun, kat facbeook sana, ramai dah keluarkan iklan, banyak dah agensi yang nak menolong mangsa banjir. Apa lagi, kita yang mampu boleh turun padang hulurkan bantuan. SAMA SAMA DOAKAN agar mereka semua SELAMAT !!!

4 comments on “Salahkan BANJIR ?Add yours →

  1. ini berlaku di mana mana negara. sebab itulah, biarlah pemimpin zaman sekarang ini memimpin semahu mungkin, tugas kita adalah kelak kita akan jadi pemimpin negara pulak dan pemimpin sekarang ini akan masuk kubur atau tua bangka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge