Sayonara MISI 33

Sayonara, itulah kata kata ejekan yang perlu di telan pasukan Selangor semalam. Setelah gagal memenangi sebarang perlawanan dalam kumpulan A Piala Malaysia, nampaknya Irfan bakti, dan semua perajurit gergasi termakan pasir , menelan hakikat mereka akan tutup kedai awal. Apa yang tidak kena dengan Selangor, naib juara MSL yang nampaknya seperti hilang arah dan tumpuan. Adakah mereka ini seperti diganggu ? Benarkah semua ini ? hahah, nampaknya semua orang dah lelong baju MISI 33 !!!
selangor,sayonara,misi 33,piala,malaysia,sukan,bola,sepak,
Sayonara Selangor

Salah Pengurusan ?

Hahha, siapa lagi kalau bukan salah pengurusan. Tentunya di sebalik kekalahan yang melanda skuad Gergasi merah, tentu ada tangan kacau yang membuatkan skuad Selangor seperti dilanda ikan todak, yang tah hapa hapa, sehinggakan mereka tidak bermain ditahap sebenar. Apa lagi yang pengurusan boleh buat, berita tentang 2 pakar motivasi katanya telah mengganggu skuad Selangor, sehingga Irfan terus meletakkan jawatan, bertanggung jawab ke atas kekalahan 0-3 kepada Sime Darby. Bebudak ultras pulak menyalahkan tok UBAN yang tak reti buat kerja !!!

Kerja BOOKIE ?

Di mana silapnya, liga malaysia telah diwarnai lagi dengan kehadiran Bookie. Nampaknya tahun memori hitam tahun 94 bakal berulang, dengan kehadiran bookie, tentu sekali ada pemain yang mengambil rasuah, dengan mengatur perlawanan. Ramai dah spot kehadiran bookie, dan tentu sekali dengan beberapa ramalan yang nampaknya menjadi kenyataan. So salah bookie ke atau salah pemain. Malek Rahman , dulu pun pernah menceritakan pengalaman beliau menentang bookie, sehinggakan ada pemain yang takut akan diganggu oleh pihak jahat ini. Tapi tiada bukti kukuh lagi yang boleh mengaitkan gejala mengatur perlawanan ini dengan mana mana pihak. Cumanya kita tidak mahu peristiwa seperti Juventus yang habis didenda turun liga kerana gejala mengatur perlawanan.

Tawaran Lumayan ?

Bak kata pepatah, ramai juga menyalahkan JDT sebab banyak duit boleh offer macam -macam pada pasukan lawan. Tapi aku juga nak salahkan media yang sebenarnya banyak kali buat kacau. Ramai mengakui, pemain Selangor ada yang sudah tawar hati nak bermain, dek disebabkan tawaran lumayan menanti mereka di pasukan baru. Kemana semangat pasukan anda ? Tapi isu perpindahan bukanlah sebenarnya penyebab kepada anda bermain tidak bagus. Contohi semangat Jupp Henckeys, bekas manager Bayern Munich, yang berjaya menghadiahkan 3 piala, walaupun sudah tahu, Pep Guardiola akan menggantikan beliau. Inilah dikatakan bola sepak profesional, selagi belum habis kontrak, mereka melakukan kerja dengan bagus !!!

Ke mana Arah Tuju Pasukan Selangor 

Bagi aku, selangor tak perlulah nak berbelanja besar, tukar stadium, cari stadium kecik, bukan pun ramai yang datang. Aku tengok stadium tak terurus, surau pun hancur. Lebih bagus ambil player local, anak selangor yang betul betul nak main. Cari bakat, invest pada youth team development. Promote team lagi, buat banyak aktiviti dekati player dan sebagainya. Tak perlu nak beli bintang dan sebagainya. Selangor pun dah banyak kali dah menang piala malaysia, kasilah sekali sekala team lain menang. Apa yang pasti fokuskan kepada layak ke peringkat yang lebih tinggi, AFC Cup sebenarnya akan menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara. Selangor sepatutnya dah jadi pasukan yang develop player muda sejak dari dulu lagi, tapi sampai sekarang. Selangor kena terus bemula dari bawah kembali, lupakan sejarah silam, lupakan Mokhtar,Santokh,Arumugan, develop new team, dengan semangat baru !!!

0 comments on “Sayonara MISI 33Add yours →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge