FAIZ SAAID

BLOG ORANG SELANGOR

Search Setelah Hujan – Lirik Cedok Al-Quran ?

Search Setelah Hujan – Lirik Cedok Al-Quran ?

Search Setelah Hujan ” Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira; ( arrum 30:48) ”

korang  pernah dengar tak lagu ROCK ?

lagi lagi lagu ciptaan M NASIR ? lagu mamat nih, banyak guna bahasa alam, untuk menggambarkan keimanan dan kecintaan kepada Allah.

Dia balik kumpulan awan
Yang berarak
Ada cahaya yang terpancar
Mencelahi warna yang tadinya kelabu
Mega mendung rinduku

Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan

Dan dari cahaya
Menyuluh ke bumi
Sambil melukis pelangi
Pertumbuhan hijau
Membuka matanya
Dan kehidupan menari

Kita nyanyi setelah hujan
Kita mimpi selepas hujan

Dan aku cinta padamu ( 3X )

Baca dan dan hayati lirik lagu ni, nanti ko akan faham, lagu rock bukan sebarang ROCK !!! Nak buat lagu ROCK pun, rujuklah Al QURAN !!!

Time Hujan Main Sliding

Memori masa kecil ialah lepas balik sekolah, lepas tuh, semua orang standby, hoo, hujan, masa tuh rumah bapak aku tuh open je, lantai jenis marmar punya, time kalau hujan, member jiran semua datang rumah, ok masa tuh semua tunggu nak hujan.

Bila dah hujan, apa lagi semua keluar rumah main hujan, hahaha, apa lagi, main sliding hahaha, tuh yang best, lantai licin punya, kita slide baik kaw kaw. Hahaa, itu yang power tuh, lepas tuh nak lagi best, boleh pulak main bola. Time dengar bunyi kilat je, terus lari masuk rumah balik hahaha, takut siut.

Tuh dulu lah masa tuh, ok je, lepas main hujan tuh balik mandi, takdalah teruk sangat demamnya. Sekarang ni memang penakut sikit, kena hujan cepat cepat berteduh. Bukan apa, hujan sekarang ni penuh dengan sisa kimia bahan teknologi. Dulu pun ada juga asid, tapi dulu aku budak kecik cergas, kurus sihat, adalah demam sikit sikit.

Sekarang ni janganlah, kalau tak tahan tuh, jawabnya bole jadi demam teruk weih, hahahha. OKla, takpa, sekarang ni kalau demam, senang, gua mandi dengan sabun estrak jagung, bedal vitamin C dengan serbuk biji labu. Layan siut kenangan, hahaha.

Panas Hujan Demam

Itu adalah singkatan yang paling menarik untuk orang yang sedang mengalami masalah kesihatan. Ia, kalau orang yang Panas Hujan Demam, samalah macam orang yang buat PHD, memang demam kalau tak siap. Itu lagi tambah dengan kadang kadang panas, lepas tu hujan, balik balik demam sebab tak boleh nak buat. So cerita aku kali ini sebenarnya takda apa apa pun, cumanya nak berpesan pesan, toolkits masa nak musim demam ni. Aku dah tersadai kat DEMC sebab suhu dah cecah 40 darjah celcius. Anak aku pun dah mula start demam dan wife aku yang penat jaga aku pun dah mula rasa tak sihat. Maybe aku nak share skt le tips orang yang baru baik demam ni. Semua orang pun tahu tips ni, tekan je google semua tahu ok jom baca

Ingat lagi kisah budak yang masuk kelas, dalam hujan, cikgu tanya, siapa yang datang, rupanya dia sorang je datang. Hahah, hoo patutlah budak ni memang rajin ambil minyak ikan, Ok, sebenarnya bukan dia yang rajin, mak dia yang power dan rajin bagi dia makan. Kalau dia nak suap sendiri, punahlah kot dia pun sama sama tak datang sekolah. Tapi dulu gua pun masa pergi Kuching haritu, gua telah kena hujan lebat semasa nak mengambil kek lapis. Teruk gila hujannya. Esok nak balik, malam tu jumpa Wak Zainul lagi. Tapi berkat ketabahan, alhamdulilah, menelan Omega Guard , esok rasa cergas kembali dan tak rasa nak bersin selsema. Semalam pun gua dah start ambil  Omega Guard. Tu belum lagi cerita adik ipar gua tuh. Takpalah, nak beringat-ingat je.

Kalau takda apa-apa benda yang penting, sekarang ni tengah panas, lepas tu hujan tak tentu pasal. TAk pun sekarang ni dah banjir, lagi banyak kuman tercemar diluar sana. Ramai pula yang berjangkit dengan batuk, kahak, selsema dan adik beradik FLU yang lain. Sampai gua pun tak larat masa kat DEMC haritu. Piuh demam tak ingat. So kalau dah penat sangat, tak perlulah nak buat aktiviti luar. Bebudak la ni, pun, jangan asyik main kat luar. Panas woo. So berjaga-jaga sikit. Kalau kat luar tuh, rajin rajin minum air, kalau dah terbakar macam gua ni, sukar dibuatnya ?!!!!

Minum air coke banyak memang lagi cepat kau ke HOSPITAL. So minumlah air masak. Itu paling basic, dan aku nak beringatkan kepada aku jugak. hahahah, kalau dah penat sangat, masa ni minum air masaklah. Air panas , jangan banyak minum ABCD muthu tu. Tapi sekali sekala ok kot. Jangan berkala-kala, jawabnya jumpa doktorlah. Tapi bebudak kecil ni, susah betul nak suruh diorang minum air masak. Anak aku dah kedemaman pun kata ubat pahit. Aku dah pening ni. Tapi itulah, so MINUM AIR BANYAK ok ?

June 28, 2009 at 9:42 PM

Hujan dianggotai noh, ag, am, dimas, dan jaja.
Saya ingatkan pagi tadi hujan.
Hujan membuatkan pokok ada air untuk hidup.
Hujan yang turun bagaikan mutiara kata sudirman.
Hujan pembawa rahmat sekalian alam.
Hujan asid berbahaya kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Hujan membolehkan kita tido petang dengan nyenyak jika ia turun waktu petang.
Hujan lebat boleh membasahkan baju.
Sebelum hujan turun, baik angkat baju sidaian anda.
Hujan Hujan Hujan
Huhuhuhuhuhu JanJanJanJanjanjanjanjanjan

Rezeki Hantar Anak Sekolah

Dalam banyak banyak kehilangan yang berlaku masa buat keputusan yanh penting dalam hidup, ada benda nikmat yang best dapat buat, salah satunya ialah hantar dan amek anak kat sekolah. Hahaha feel siut, pegang payung, dalam hujan, dengar anak anak ni nak cerita kisah kawan dia, masa ni kita nak stabilkan emosi dia, sebelum ke sekolah, sebelum dia balik, biat dia rasa seronok setiap masa datang sekolah.

Hahha rezeki memang best, ada rezeki kerja sendiri, masa fleksibel, jadi buat yang terbaik untuk untuk anak syurga nih. Alhamdulillah. Kalau tak jawabnya memang tak sempat jumpalah bebudak kalau kerja macam biasa, hahaha. Oklah, banyak benda nak kena setel lagi. Rezeki yang ada kita syukuri, kerja mesti kuat lagi, selesaikan hutang sebelum mati. Jom kerja kuat lagi , ayuh !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat