Seekor Anjing Kejiranan Yang Baik

Seekor Anjing Kejiranan Yang Baik

Setia seekor haiwan

SEEKOR ANJING DI KEJIRANAN KAMI
Dia anjing tidak bertuan. Homeless. Selalu bila saya lalu dengan kereta, dia ada di simpang lorong menuju ke rumah saya.
Mulanya saya takut dengan dia. Kalau parking kereta di luar pagar rumah, cepat2 saya akan berlari masuk ke dalam rumah dan menutup pagar. . Takut jika dikejar. Kita orang Melayu memang dari kecil ditakutkan oleh kisah2 anjing ganas yg boleh menyerang. Tak masuk lagi persoalan halal haramnya. Anjing dah jadi stigma.
Tapi kemudiannya, saya perhatikan anjing yg satu ini tidak mengganggu sesiapa. Malah, dia bagaikan mengajak kucing2 jalanan bermain dengannya. Dia berpura2 berlari, bagaikan minta dikejar. Bila kucing yg ketakutan hanya cuba melarikan diri, dia akan datang semula, dan mengacah2 mengajak berlari bersamanya.
Kucing tak sekolah tinggi. Saya tengok seekorpun tak menangkap cue si anjing. Saya yg sekolah tinggi ni jugak lah yg faham yang anjing ni hanya ingin bersahabat dan berteman.
Kemudian bermulalah episod saya dan anak2 memberi dia makan. Biasanya dia ada di tepi simpang jalan menuju ke rumah saya, Kami biasamya ada spare makanan kucing dalam kereta. Atau sengaja kami simpan sisa2 ayam goreng dan tulang.
Kami berhentikan kereta, dan campak makanan untuknya. Lama2 berani sikit. Berhenti kereta, turun dan letak elok2 dekat dengannya. Anjing ni memang selalu nampak kelaparan, tetapi dia tertib. Hanya bila kami sudah naik semula ke dalam kereta, barulah dia datang makan.
Sekarang dia, sudah kenal kereta saya. Bila saja saya balik, dari hujung simpang, dia akan berlari mengikut kereta saya sampailah ke hadapan pagar. Tapi dia tidak menghampiri. Ada jarak yg dikekalkannya. Dan dia, akan menunggu di luar pagar rumah, mengharapkan ada makanan untuknya.
Biasanya, akan ada sesuatu yg boleh diberikan untuknya.
Kami panggil dia Girl.
Sumber : FB Wan Shahriza #SinarKongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat